portable-apps-01

PortableApps.com adalah satu sut perisian mudah alih yang boleh anda muatkan ke dalam USB drive untuk dipasang di mana-mana komputer Windows.

Sut ini menyediakan pelbagai jenis perisian yang boleh anda pilih, contohnya Mozilla Firefox untuk melayari laman web, ClamWin untuk antivirus, dan OpenOffice.org untuk membuka dan menyunting fail Word, Excel, dan sebagainya.

Seperti namanya, kelebihan utama perisian mudah alih ini adalah ianya senang dibawa ke mana sahaja. Setelah anda masukkan perisian ini ke dalam pen drive, ia terus boleh dijalankan dari mana-mana komputer. Jadi tak perlulah nak install satu-persatu ke dalam setiap komputer tersebut. Memudahkan, terutamanya bagi orang yang selalu buat kerja di komputer lain (dekat Cyber Cafe misalnya).

portable-apps-02

Dengan sut PortableApps.com, anda juga boleh menyimpan settings yang telah ditetapkan bagi setiap perisian. Contohnya, anda boleh menyimpan bookmarks yang telah ditanda di Mozilla Firefox.

Selain dari perisian-perisian yang ditawarkan, PortableApps.com juga menyediakan PortableApps.com Menu yang dibina untuk memudahkan anda melancarkan aplikasi dari USB Drive; serta PortableApps.com Backup untuk membuat backup terhadap sut perisian PortableApps.com anda.

Sut perisian ini boleh anda download dari PortableApps.com. Anda boleh memilih untuk download:

  • Platform Only. Hanya PortableApps.com Menu dan PortableApps.com Backup, serta ikon-ikon yang berkaitan. Download pakej ini sekiranya anda bercadang untuk pilih dan download aplikasi lain satu-persatu.
  • Suite Light. Mengandungi perisian-perisian asas seperti Firefox, Thunderbird, ClamWin, dan Sumatra PDF. Namun sut ini tidak mengandungi OpenOffice.org kerana saiz yang terlalu besar, sebaliknya ia mengandungi AbiWord Portable bagi tujuan membuka dan menyunting fail Word.
  • Suite Standard. Mengandungi perisian-perisian asas, sama seperti Suite Light. Suite Standard mengandungi OpenOffice.org bagi bagi tujuan membuka dan menyunting fail Word, Excel, PowerPoint, dan sebagainya.

Dapatkan sut perisian ini dari PortableApps.com.

Related Posts with Thumbnails

Tags:

15 Responses


  1. abdusfauzi on 04 Aug 2009

    dulu, sebelum ada laptop, selalu gne ni kat lab universiti. haha. :P

    • MK on 04 Aug 2009

      @abdusfauzi: Sama la kita, zaman-zaman aku student dulu. Nostalgik sungguh.

  2. megat on 04 Aug 2009

    ya, ianya memang bagus dan mudah untuk dibawa kemana-mana.

    aku sudah lama menggunakannya!

  3. TMUkmkd on 04 Aug 2009

    Dulu, selalu K gunakannya (FF protable). tapi sekarang..
    terlalu berat dan lambat.. huh..

    • MK on 04 Aug 2009

      @TMUkmkd: Aku selalu guna Opera Portable aku la. Tapi ye la, ambil masa bila dia nak eject dari pen drive. Sekarang ni dah ada laptop, tinggal gak la software portable ni :P

  4. Anarm on 04 Aug 2009

    memang bende ni la yg bagus kalo wat keje kt CC.. kt CC software ape sgt la yg ade kt situ.. kadang2 bende yg meraban pn die install.. pastu kene virus.. senang pkai portableapps ni..

  5. safar on 04 Aug 2009

    sesuai dibawa ke mana sahaja.bagus.

  6. alone on 04 Aug 2009

    teringat masa sekolah dulu. hehe.

    memang bagus portableapps ni.. tapi sekarang da xpakai.

  7. Alique Azmi on 05 Aug 2009

    Sebenarnye x perlu donlod sume apps tu. Mcm aku, just gune notepad ++, mozilla portable, pdf reader and image viewer. depends on situation gak la. most ‘regular’ people punye pc xle nk bukak certain file type. so tu guneya notepad ++..

  8. Eriyza on 05 Aug 2009

    Terima kasih MK.

    • MK on 07 Aug 2009

      @Eriyza: Sama2 Kak Eriyza ^_^

  9. mohdisa on 05 Aug 2009

    wah…cam best jerk untuk dicuba. hehe

  10. Kill-Vearn on 06 Aug 2009

    mantap.. nak try ar!

  11. mohdhanif on 06 Aug 2009

    dah macam system operasi yg kecil yek….

  12. MadiE on 02 Sep 2009

    aku pun try arrr


Leave your comment