Quora – Laman soal jawab yang boleh disunting oleh sesiapa sahaja

Quora adalah sebuah laman soal jawab yang boleh disunting oleh sesiapa sahaja. Ia bermatlamat untuk menjadi sumber yang berkualiti dan diyakini apabila anda ingin bertanyakan sesuatu di Internet.



Seperti kebanyakan laman soal jawab yang lain, anda boleh mengundi jawapan yang diberikan, jadi mudah bagi pengguna untuk mengetahui jawapan manakah yang terbaik bagi soalan tersebut.

Pengguna juga dibenarkan untuk menyunting soalan atau jawapan yang diberikan oleh orang lain. Suntingan yang dibuat perlu dipersetujui oleh penghantar asal bagi soalan/jawapan tersebut.

Anda boleh layari soalan dan jawapan yang menarik dengan memilih topik-topik yang anda gemari, contohnya teknologi, penulisan, dan perhubungan.

Quora ingin memudahkan orang ramai untuk berkongsi apa yang mereka tahu, dan kemudian dijadikan sumber rujukan di Internet. Ia bagaikan Wikipedia, namun lebih mudah dan menggalakkan.

[Laman web: Quora]

2 thoughts on “Quora – Laman soal jawab yang boleh disunting oleh sesiapa sahaja

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong> <pre lang="" line="" escaped="" highlight="">