Rainlendar Lite adalah sebuah kalendar yang kecil dan cantik untuk desktop anda. Anda boleh tandakan tarikh-tarikh penting pada Rainlendar, serta catatkan memo tentang perkara-perkara yang perlu anda buat (To Do List). Selain itu, anda juga boleh tetapkan jam penggera untuk kejut anda bangun pada setiap pagi ^^
Kali pertama anda mencuba Rainlendar, anda akan mendapati ianya sangat mudah untuk digunakan. Hanya klik terus pada tarikh di atas kalendar untuk menetapkan peristiwa yang akan berlaku. Untuk mencatat memo pula, right-click pada To Do List dan pilih New Task.
Paparan Rainlendar yang ringkas dan menarik memang sedap dipandang mata, dan ianya separuh lutsinar agar sesuai dengan wallpaper anda. Namun jika anda inginkan paparan yang berbeza, anda boleh download pelbagai jenis skin dari laman web Rainlendar. Rainlendar juga tidak menggunakan ruang hard disk mahupun resource yang banyak.
Bagaimana Nak Bawa Rainlendar Bersama Pen Drive?
Copy folder Rainlendar ke dalam Pen Drive anda. Kemudian buat satu fail bari bernama rainlendar.ini di dalam folder tersebut. Rainlendar kemudiannya akan menyimpan semua Setting, Events, dan Task di dalam folder tersebut suapaya anda boleh membawanya ke mana jua.
hehehe
sy sudah lama pakai bnda tu
dulu pakai yg lain *lupa nama dia*
tp mcm serabut sgt
yg ni kecik n smat je
iziana »
kecik dan smart seperti saya. haha.
ops. tak bleh sarkastik di sini.
harus serius.
Dah lama guna tp kekadang x set
pun pelbagai agenda cuma senang
nak tengok tarikh. Hehehe!!! :)
Eriyza’s last blog post..Lagu Tema Windows
satu software yang menarik minat saya ni…ni mesti kena try
Pilihan tepat utk kalendar desktop. Small memory footprint dan cool!
uhuhuhu besh beshhhh
Azhar Ahmad’s last blog post..Kita Perlu Menjadi Kejam
aku penah pakai gak, theme ada yg lawa..
starwalker’s last blog post..people became cow when eat macdonalds
salam.. saya baru je format laptop saya, n semua benda hilang termasukla kalendar n jam.. then, saya cuba je taip-2 kot2 ade kalendar yg boleh download, xsangka gak ade kalendar yg kecil cam ni..tapi ok la, saya puas hati n dpt tulis msj lagi..thanks pada pencipta nye..
@far ea zal: awak pergi kat Options, tandakan pada “Enable on Startup”
@far ea zal: awak pergi kat Options, tandakan pada “Enable on Startup”