
Ramadhan tiba lagi, bulan istimewa yang Allah anugerahkan khas untuk kita umat Islam. Semestinya bulan ini adalah merupakan bulan yang sangat produktif. Mengapa saya kata begitu?
Kerana awal-awal pagi lagi kita sudah bangun, bersedia untuk sahur dan solat Subuh. Dah bangun awal, kita punya banyak masa untuk mempersiapkan diri. Ada masa untuk mandi, menggosok baju, mengemas beg, dan berpakaian kemas. Orang yang bangun awal ni murah rezeki tau.
Dan semua pun tahu, betapa pentingnya sarapan pagi dalam pemakanan harian. Sarapan pagilah yang akan membekalkan tenaga untuk kita bekerja sehingga ke petang. Sebaliknya jika kita tidak sarapan, dan makan banyak di waktu tengah hari, kita akan cepat rasa mengantuk. Jadi, Ramadhan ini akan melatih kita supaya tidak terlepas sarapan pagi, iaitu sahur.

Di siang hari, kita dapat menumpukan perhatian terhadap tugas yang diberi. Kerana kurangnya perkara yang menggangu kosentrasi. Tak perlu ke pantry untuk membancuh kopi. Tak perlu ke tandas untuk membuang kopi :P. Tak perlu turun minum di mapley tiga kali sehari. Tak perlu keluar merokok tiga batang sekali. Duit pun jimat.
Waktu malam kita pula sudah tersusun rapi. Kalau sebelum ini, kita jarang turun ke masjid, bulan inilah peluang untuk rajin-rajinkan diri. Kalau sebelum ini tiada masa untuk buka Al-Quran, bulan inilah peluang untuk bertadarus bersama. Dan jangan dilupa terawikh. Ala, kalau sebelum ini kita sanggup berlari di atas treadmill sehingga satu jam di gim, nak solat 21 rakaat di masjid pastinya perkara yang mudah, kan.

Jangan lepaskan peluang keemasan dalam bulan Ramdhan ini. Allah dah tawarkan pelbagai hadiah lumayan, beserta tawaran pahala yang berlipat ganda. Jumlah pemenang adalah tidak terhad, semua pun boleh dapat.
Akhir kata, saya dari Sembang Komputer ingin memohon maaf atas segala salah dan silap. Semoga kita sentiasa berada dalam keredhaan Ilahi. Salam Ramadhan 1430H :)
P/S: Kredit kepada ?§m? atas set gambar Flickr.
A’aa memang betul tu. Ramai jadi rajin bila tibanya ramadhan.
Hehe. Selamat berpuasa dan berbuka puasa ^^
@Yummi: Ok la tu, rajin bila tiba Ramadhan. Daripada tak rajin2 langsung :P
Selamat berpuasa dan berbuka puasa juga ^^
setuju. Ramadhan ni meruapakn madrasah untuk melaith kita menjadi manusia yang lebih baik. Marhaban ya Ramadhan! =D
@alone: Semoga bila berlalunya Ramadhan, perubahan itu kekal, insyaAllah.
Ramai yang menunggu tibanya Ramadhan kerana keberkatan bulan ini yang sungguh besar. Selamat berpuasa semua ^^.
@firdee: Selamat berpuasa juga :)
Selamat menjalankan ibadah puasa.salah silap harap dimaafkan.
@Fatin Pauzi: Selamat. Harap dimaafkan jua :)
Salam Ramadhan MK,
Moga kita sama-sama merebut ‘bonus’ yang disediakan olehNya
@Kujie: InsyaAllah, Kak Jie :)
p/s – theme cantik….ingat kak jie nak sambar dulu.. dah bookmark semalam , rupa2 dia awal2 lagi dah rembat…
@Kujie: Sambar je la sekali, pe salahnye :P
betul2, bulan ramadahan la masjid kedatangannya penuh..
AJK Masjid paling sibuk menyediakan tikar sembahyang and sejadah sebab tempat sembahyang tak cukup hehe
tapi bulan ramdhan lah paling best..
@damia: Makmum pun sibuk gak, nak menunggu moreh lepas terawikh, hehe.
selamat menyambut ramadhan al-mubarak..
dlm bulan mulia ni ramai yg kejar2 nk beramal..
tp bila dah abis bulan ramadhan, semua dh kembali jd mcm biasa..
kenape ek?
@Anarm: Mungkin tak terkesan di hati, kot. Tapi tak semua, bagi yang dapat berubah selepas Ramadhan, Alhamdulillah, bertuah sangata2 tu :)
Selamat berpuasa juga drpd saya..
@TyCo86: Terima kasih, selamat berpuasa :)
kadang2, kite semue ada je yg nak berubah..tapi org sekeliling tu yg wat terbantut.huhuhu
@Lizz: Jangan mengalah kepada tekanan luar. We decide our own life, kan :)
salam ramadhan buat MK dan seluruh pengunjung blog ini.. moga ramadhan yg tiba ini dapat mendekatkan lagi kita dengan yang Esa.. Moga segala amalan diterima… Ahlan wah sahlan..
@Kill-Vearn: Alhamdulillah, terima kasih atas doa itu. Salam Ramadhan jua :)
ada juga bab puasa di sembangkomputer ni ya. selamat menjalani ibadah puasa mk. :)
@mohdisa: Mestilah ada, bulan paling spesel kan untuk kita semua. Selamat menjalani ibadah puasa juga :)
Selamat berpuasa.. ajaibnya Ramadhan bila solat subuh di Masjid mampu dapat 3-4 saf penuh yang selama ini kebiasaanya untuk penuhkan satu saf juga sedikit sukar.. bermakna kita semua boleh lakukan cuma entah mengapa di luar bulan Ramadhan selimut tu terasa bagai cukup berat untuk diangkat.. apatah lagi kalau waktu hujan..
@nuaeman: Semoga Ramadhan kali ini lain. Semoga Ramadhan kali ini membawa perubahan, dan kekal untuk kita semua. InsyaAllah :)
salam ramadhan pada semua,semoga kita buat yang terbaik untuk ramadhan kali ni..tahun depan belum tentu ada kesempatan lagi
@papa-itam: InsyaAllah… :D
baguih2 ada potensi ni jadi pengkuliah lps terawikh……
@syinrayafa: Haha, ilmu tak cukup lagi.
Selamat berpuasa MK.bab-bab henti rokok tu bagus.selalu bising pasal
minyak naik.hentilah merokok.
@safar: Selamat berpuasa juga :)
Selamat berpuasa MK. Puasa kat Aussie beza sangat dgn kat Malaysia.
Syahdu pun ada gak.
Meh.
@the constantly dramatic one: Best la tu, pengalaman kan. Syahdu? Auww :P
selamat berbuka……bulan ramadhan nie bulan tahan hawa nafsu….jihad paling besar tu tahan hawa nafsu…….
@fuad: selamat berbuka :)
selamt berbuka….
Ramadhan kali ini merupakan yg terakhir bagi ku…sebagai seorang bujang.
Raya nanti dah nak masuk era baru, rasa nerves pun ada…hehe
Selamat berpuasa kepada MK dan semua.
azan subuh merentas sempadan,
fajar mulia syahdu dihati,
selamat beribadah di bulan ramadhan,
moga amalan kita diberkati…
Selamat berpuasa warga Sembang Komputer
@DILA: Selamat berpuasa gak dila :)
slm ramadhan bt seluruh umat islam
dan pembaca setia sembang komputer
@hidayah: salam ramdhan hidayah :)