Kusut kepala saya apabila cuba membaca berita dari laman web tempatan seperti The Malaysian Insider dan Free Malaysia Today. Bukan kerana kusutnya keadaan politik tanah air, tetapi kerana penuhnya laman tersebut dengan pautan dan gambar di kiri kanan yang tiada kaitan langsung dengan artikel. Walaupun setelah menggunakan AdBlock untuk menyekat iklan, masih terdapat banyak bahagian yang menganggu pembacaan.
Lihat contoh di bawah. Bahagian yang menganggu pembacaan saya diletakkan di dalam kotak merah. Artikel yang betul-betul ingin dibaca adalah di bahagian tengah sahaja.
Untuk membuang segala gangguan ini, saya gunakan Readability ataupun Instapaper. Khidmat tersebut akan membuang segala gangguan supaya anda dapat membaca dengan tenang dan penuh perhatian. Hasil artikel yang telah ditukarkan oleh Readability adalah seperti di bawah:
Readibility dan Instapaper berfungsi dengan memasang add-on pada pelayar web anda, dan anda boleh tukarkan sebarang artikel kepada versi yang lebih senang dibaca. Anda juga boleh menyimpan dan menguruskan artikel kegemaran anda, serta mengaksenya dari pelbagai peranti seperti telefon Android, iPhone, iPad, dan Kindle.
Download (anda hanya perlukan salah satu sahaja):
mcm mna nak download Readability dan juga Instapaper??
Awak perlu salah satu je, tak perlu dua-dua. Untuk Readibility, download kat sini: http://www.readability.com/
Untuk Instapaper, kat sini: http://www.instapaper.com/
Assalam..
Kalau nak buat untuk smartphone macam mana?
Tiap kali nak baca berita, ada je iklan lucah keluar. Tak elok kalau kanak-kanak nampak.
W’salam. Setakat ni Readability masih dalam pembinaan untuk Android.
Tengok la aplikasi apa yang awak guna untuk baca berita tu. Kadang-kadang aplikasi yang dibuat oleh pembina tempatan memang selalu muatkan iklan macam ni (mereka tak kawal sangat iklan apa yang keluar, penyedia iklan tu yang bertanggungjawab) untuk buat duit. Awak masih boleh baca berita guna pelayar web biasa seperti Opera dan Safari.