Masalah privasi di Facebook semakin merunsingkan. Segala informasi mengenai anda termasuklah gambar, kemaskini status, dan lokasi anda boleh didedahkan kepada seluruh dunia. Meskipun anda boleh mengawal maklumat mana yang dikongsi, namun ianya mengelirukan, lebih-lebih lagi buat pengguna biasa.
ReclaimPrivacy.org boleh membantu anda untuk mengawal privasi di Facebook dengan mudah. Apa yang anda perlu buat adalah pergi ke laman web tersebut dan letakkan bookmarklet “Scan for Privacy” ke bookmark anda.
Kemudian buka halaman privasi Facebook anda dan klik pada bookmarklet tersebut.
Bookmarklet tersebut akan menunjukkan maklumat apa yang didedahkan kepada orang ramai, dan apa yang perlu anda buat untuk mengawalnya. Ubah apa yang patut untuk menjadikan Facebook anda lebih selamat.
Namun perlu diingat, segala maklumat anda masih disimpan oleh Facebook. Jika anda inginkan lebih privasi, padamkan saja akaun Facebook anda :)
(via InfoMalaya)


thanx for info.
ada jugak terbaca di amanz
hehe jgn letak maklumat sebenar di facebook
wah. khairul nyer fb banyak problem. hehe~
ok dah scan dan dah betul kan
skrg dah ada privacy hehe
Great info. somtimes some option even we try to fix it, it didn’t fix itself. we need to change our setting manually.
padam je terus utk lebih privacy?haha
mcm mna nk del fb??…wwwaaa…tol la daku
nice attachment bro…