rrt-ico Apabila komputer dijangkiti virus, biasanya virus ini akan menyekat fungsi-fungsi dalam Windows seperti Task Manager, Registry Editor, dan Folder Options. Ini kerana virus tersebut telah mengubah beberapa settings yang tertentu dalam Windows.

Antivirus biasanya hanya membuang virus tersebut, tetapi tidak membetulkan kembali settings yang telah diubah tadi. Sebab itulah walaupun komputer anda telah dibersihkan dengan antivirus, fungsi-fungsi seperti Task Manager, Registry Editor, dan Folder Options masih tidak boleh dibuka.

RRT (Remove Restrictions Tools) adalah sebuah aplikasi kecil yang boleh menyelesaikan masalah ini. Sama seperti Disk Heal, RRT boleh memulihkan kembali Task Manager, Registry Editor, Folder Options, dan banyak lagi.

rrt-01

RRT akan mengesan fungsi-fungsi yang telah disekat dalam Windows. Jika ada, anda boleh memulihkan fungsi tersebut dengan klik sahaja pada kotak yang terbabit.

Software ini kecil sahaja saiznya, anda boleh letakkannya ke dalam pen drive supaya senang kalau nak baiki komputer kawan-kawan.

Related Posts with Thumbnails

Tags: , , ,

24 Responses


  1. abdusfauzi on 16 Dec 2008

    saya pun guna alat ni. besh2 :D

  2. Apiez on 16 Dec 2008

    sangat berguna, tp time virus sdah merosakkan program le.. aku x nah lg kene bende cam ni..

    Mk, cantek ar ko comment form…

    • MK on 16 Dec 2008

      cantik eh, tema kaseh kat tuan punya theme ni. aku main amik je dari Wordpress.org

  3. helmi on 16 Dec 2008

    betul2 benda ni la yg telah menyelamatakan 4 biji pc kat tempat aku

  4. Kreuger on 16 Dec 2008

    huhuhuh… inilah yang aku carik..
    thanks mk~

  5. |1f34|-|1r3 on 16 Dec 2008

    nampak cam bagus software ni..aku ada 2,3 alternatif tp nampak gaya yg ni plg complete..

    • MK on 16 Dec 2008

      oh, apa alternatif ko bro?

  6. madie on 16 Dec 2008

    memang bagus software ni..Tp jan lupa..pastikan virus dlm komputer di buang terlebih dahulu..:)

  7. Khai on 16 Dec 2008

    aku pon ada cara manual.. betul ikut registry.. tapi dgn adanya software ni, ape kejadah lagi cara manual aku tu.. benda senang, rugi kalau x amik.. hehee

    thanks MK land.. hehehehe

    • MK on 16 Dec 2008

      tu le, tak larat gak aku nak bukak regedit setiap kali.. nak lagi kat pc orang. huhu

  8. Remi on 16 Dec 2008

    Bro mk, nape aku buat dye nak yang pro version…
    problem jgk ni…
    xleh nak pakai…

  9. ibujari on 17 Dec 2008

    Besshhhh… saya suka blog ni. Banyak info yg boleh saya belajar.
    Kepidup.. Bravo..!!
    Kekalkan dalam bahasa ibunda..

    Satu lagi familiar x dengan thumbtacks livelabs.
    Try tp x cukup teror lg.

    • MK on 17 Dec 2008

      Thumbtacks eh? Cam menarik gak, tak cuba lagi je.

      Terima kasih bro :)

  10. en_me on 17 Dec 2008

    good info..

  11. he on 22 Dec 2008

    terima kasih kerana memperkenalkan tool ini….

  12. syed adie on 05 Jan 2009

    Tools ni dah lame, korang leh try plak ConboFix.exe, program ni lagi besh, boleh delete / fix semua masalah windows yg simple2 cam tu. n Boleh jugak buang virus2-nya skali… boleh tengok sini;

    http://www.bleepingcomputer.com/combofix/how-to-use-combofix

  13. [...] Manager,  regedit, dan juga Folder Options. Cara mudah untuk membaikinya adalah menggunakan RRT. Anda juga boleh menggunakan cara manual iaitu menggunakan regedit atau gpedit.msc, dua alat yang [...]

  14. ninjaboy201 on 10 Jan 2009

    MK..maaf xtau nak tanya kat ‘topik’ yang mana satu…
    saya cuba install antivirus kaspersky..tapi masa install dia akan detect antivirus yg ada dlm komp saya utk suruh kita remove antivirus tu. selagi xremove, xleh install kaspersky..tapi masalah yg berlaku, kaspersky detect ada AVG antivirus dlm komp saya sedangkan xd antivirus tu dlm ni…pelik2..boleh tolong??

    • MK on 13 Jan 2009

      @ninjaboy201 kalau tak tau nak tanya kat mana, tanya je kat forum ok. Untuk buang AVG tu, cuba awak guna AppRemover.

  15. Blues90 on 27 Jan 2009

    Assalamualaikum buat MK,
    Macam mana saya boleh dapatkan RRT nie?
    Perlu dibeli atau boleh download secara percuma?

    Terima kasih atas sumbangan MK kepada industri IT Malaysia..

  16. aqu on 13 Feb 2009

    mcm ne ew?
    sy x bleh nk view hidden files..
    folder options ada,tp bile nk view hidden file,x dapat

  17. khai on 23 Feb 2009

    thanks!!!
    dah lame aku cari yang ini…

  18. elmy on 05 May 2009

    Salam,

    Boleh bagitau saya x tentang registry editor ni..
    atau mungkin ada web bahasa melayu yang ada menulis tentang registry editor ini dengan lebih lanjut..atau mungkin ada pakar yang bro kenal untuk saya pelajari registry editor ini dengan lebih mendalam ini kerana kerja saya sepenuhnya mahu gunakan registry ini..tolong saya yea..

  19. aiariesa on 18 May 2009

    good info..
    macm mana pula nk tukar file .chc kepda file asal…mangsa serangan virus


Leave your comment