RenameFiles: Tukar Nama Bagi Sejumlah Fail, Lebih Pilihan

Dulu saya ada terangkan cara untuk tukar nama bagi banyak fail sekaligus dalam Windows. Cara tersebut memang mudah, namun pilihan dalam menamakan fail adalah sangat terhad. Untuk mendapatkan lebih kawalan ke atas nama fail-fail anda, anda perlukan RenameFiles.

Dari laman web RenameFiles, ia mempunyai ciri-ciri seperti:

  • Tukar nama bagi semua fail di dalam sebuah folder, termasuk fail-fail yang terkandung di dalam subfolder.
  • Perkataan boleh ditambah, diganti, atau dibuang.
  • Nombor boleh diletakkan secara menaik.
  • Tukar huruf besar kepada huruf kecil dan sebaliknya.

Sebagai contoh, di bawah adalah beberapa fail yang telah ditukar namanya, sebelum dan selepas.

  • IMG091 –> gambar_005
  • IMG105 –> gambar_006
  • IMG108 –> gambar_007
  • IMG127 –> gambar_008

Di sini, saya buang kesemua perkataan dalam nama fail, masukkan perkataan “gambar_”, kemudian masukkan nombor di depan nama fail secara automatik. Pada nombor ini pula, saya tetapkan supaya ia bermula dengan nombor 5, dan dalam bentuk tiga digit.

Ada banyak lagi kombinasi yang anda boleh pilih dengan menggunakan RenameFiles, cubalah. Kalau anda nak lihat dulu hasilnya sebelum menukar nama-nama fail tersebut, tekan Preview.

Oh ya, nak pilih fail-fail dengan senang? Hanya pilih fail-fail tersebut dan drag-and-drop sahaja ke dalam RenameFiles, senang je.

2 thoughts on “RenameFiles: Tukar Nama Bagi Sejumlah Fail, Lebih Pilihan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong> <pre lang="" line="" escaped="" highlight="">