
Ramai yang tertanya-tanya, adakah perlu “Pen Tablet” untuk seorang graphic designer. Beberapa minggu lalu, saya telah nekad untuk membeli dan mencuba “Pen Tablet” jenis Wacom. Berikut adalah pendapat saya.
Fungi Pen Tablet saling tak tumpah seperti tetikus (mouse). Pada harga RM350, perlukah anda alat ini? Jika anda tergolong dalam orang yg ditera dibawah, Pen Tablet memang untuk kamu.
- Web/Graphic designer (pengguna Adobe Illustrator atau Photoshop)
- Pelukis yg mahu berpindah ke digital
- Pelukis komik untuk seronok atau blog
- Photographer yang perlu sunting gambar
- Animasi Flash, 3D, Movie
- Architect atau berkaitan dengan Auto CAD
- Pelajar multimedia
- Hobi melukis
Selain dari yang disebut di atas, anda tak perlu alat ini.
Antara fungsi yang menarik minat saya adalah:
- Pressure sensor – Seperti pensil dan berus, anda boleh mengawal kadar penekanan. Kalau mahu garis tebal, tekan kuat sikit, begitulah sebaliknya.
- Pemadam – Seperti pemadam di hujung pensil, anda bole terbalikkan dan padam
- Tiada bateri – Hanya menggunakan USB
- Left & Right click – Pena yang disediakan ada butang untuk ke dua-dua tersebut. Jadi anda tak perlulah guna tetikus (mouse) sekali sekala.
- Zoom in dan out – Terdapat satu “toggle” untuk anda zoom in dan out.
- 4 butang tambahan – Butang ini boleh diubah fungsi mengikut keselesaan sendiri. Saya sendiri telah mengubah menjadi “Undo”, “Redo”, “Desktop” dan “Save”. Dengan cara ini, saya dapat menyelamatkan beberapa saat untuk mengheret mouse ke atas untuk fungsi tersebut.
- Semua software – Pada hari pertama pembelian, saya telah mencuba ke semua software, Microsoft Office, Adobe Photoshop, Illustrator dan sebagainya. Semua boleh dipakai.
Bagaimana awak menggunakan alat ini?
Sebagai seorang web designer (atau developer), saya dapat menyiapkan kerja saya lagi mudah. Di antara perkara yang saya perlu lakukan, adalah melukis “draft layout” sebelum mula membuat sesuatu theme atau template. Ini penting bagi mengelak pembaziran masa.
Saya juga menyunting gambar, seperti menghilangkan sesuatu object dalam gambar (termasuk jerawat haha), melukis logo dan icon dengan lebih tepat, dan menulis nota pada design-design.
Selain itu, saya gunakan untuk tandatangan kontrak.
Perlukah saya membeli satu?
Jika anda tidak keberatan untuk berbelanja RM350 untuk unit yang paling mudah, apa salahnya. Percayalah, alat ini dapat memulangkan modal dengan lebih cepat (jika anda seorang kreatif dan pandai melukis).
Jika anda berbelah bahagi, anda simpan sahaja duit tu. Buat apa beli barang kalau tak pakai betul-betul tak? Baik belanja saya makan.
Berikut adalah hasil lukisan saya mengunakan Pen Tablet ini.

Alphonso Elric dari Full Metal Alchemist, mengunakan Adobe Photoshop

Seekor lembu tompok biru, menggunakan YM Doodle

Big foot yang sedih, tetapi melukis senyuman pada bayang-bayang beliau. Pun mengunnakan YM Doodle
Akhir kata, saya amat berpuas hati dengan pembelian Pen Tablet ini, walaupun harganya cukup untuk belanja makan tengahari saya selama sebulan. Walaupun baru saja beberapa minggu, saya sudah bercadang untuk upgrade.
Sekian, dari saya, NoktahHitam.
Oh, ingatkan bigfoot tu tengah korek idung member die ke pe.
Um, nantilah bila ada duit saya beli. Kalau kamu ada duit, belanja saya makan. Tema kaseh.
fuhhh..seb baik aku xminat sgt mlukis..klu x aku bli dah..hahaha
waaaaaaaaaa wacom….. emmmm aku nak… tapi tak de duit :(
kalau ada tu illustrator musti best
huhu.. terus beli beb..
aku tengok ar dulu..
beli yang penting dulu..
kalau dah takde barang nak beli baru aku amek sebab mengikut pembacaan atas nie menarik minat aku jugak…
aku minat gak melukis, cuma lama dah tinggal.. lawa beb lukisan ko tu.. hehe..
@menteil, mane ade. berjuta lagi orang hebat. cume tak tunjuk je kot
Ngidam jugak nak beli, tapi tunggu beli potoshop dulu la, hehe..
p/s: Good seo untuk laman7. =D
@Bat, hehehe. Itu la die, bile jadi guest blogger, sekati la nak tulis ape poon.
sangat informative.. hehehe.. thanks NH… skang lebih jelas dan teperinci dari apa yg aku tahu sebelum ni mengenai Wacom ni… budak2 animation mmg ramai guna..
350? 350? 350? hmmm… 350?
wowww..memang aku mengidamkannya walaupun aku bukan kategori diatas
hebatnya ada teknologi mcm ni…huhu..
anak2 skrg disket tu pn dah tak pernah tgok
sampai hari ni, aku dalam dilemma, nak beli ke tidak.. hmm.
hermm…ada 100usd gak tu arge dia..tapi kalau perlu, mmg elokkk beli….
akhirnya dapat juga maklumat ttg produk tersebut di pasaran tempatan. sudah pasti aku akan dptkan!
Skit masa agi, ada kebarangkalian harga tu makin murah tak…
aku memang lama dah nak beli benda alah ni, gaya-gaya nak kena sambar sebijik ni
nak tanye, bamboo fun nie dapat free photoshop dgn paintshop pro tak?
kat mana nak beli ek gajet ni?
aku mmg cadang nak beli ni..aku dah usha & ada sorang member dia ckp kawan dia leh bg harga yg lebih murah.
salu aku lukis guna medium pen & kertas, kalu guna wacom ni leh terus guna photoshop!
nice info bro!
..satu lagi golongan yg boleh trus beli pen tablet..
golongan yg sanggup nak biasakan diri guna ni haha
mencabar kot nak lukis tp tgk screen
Buat duit disini…………
eh.. kat mana saya ble dpt ek tablet pen nie??
Salam, bro ade lubang wacom 2nd x? xpun graphic tablet yg compitable dgn PS.
mne nak bli
mane nak beli
Saya berminat dgn benda nih dan tgh mencari2 benda yg agak sama spt ni. Berikut apa yg saya nak buat :
1. Untuk anak saya main2 dgn komputer. Dari dia dok conteng dinding dan sepahkan kertas ada baiknya dia belajar menulis ABC dan 123 kat tablet nih.
2. Utk kegunaan isteri saya dlm tulisan jawi. Mungkin lebih mudah (sekiranya boleh) menulis tulisan jawi dgn menggunakan tablet nih. Sekarang nih guna on-screen keyboard yg perlu klik satu2. Kalau tablet ni boleh translet tulisan tangan kepada font yg sedia ada rasanya takde masalah.
Harap maklumbalas dari anda..
baru jer beli..bes pkai nye..senang keje..beli dkat snway pyramid..smpai tak tdo wt bnde ney..lcterer bg assgment pn snyum jer..hihi..