Revo Uninstaller: Uninstall Program Dengan Sepenuhnya

Windows menyediakan cara yang mudah untuk uninstall sesuatu program, iaitu melalui Start Menu > Control Panel > Add or Remove Programs. Namun cara ini tidak dapat membuang program itu sepenuhnya. Ini kerana apabila Windows uninstall program tersebut, ia akan meninggalkan registry serta fail-fail yang tidak berguna di dalam hard disk. Semakin banyak registry serta fail sampah ini, komputer akan menjadi semakin lembab.

revo-01

(klik imej untuk besarkan)

Revo Uninstaller dapat membantu anda untuk mengatasi masalah ini. Revo Uninstaller bukan sahaja dapat uninstall sesuatu software, malah ia akan membuang segala fail, folder, serta registry yang ditinggalkan oleh software tersebut. Dengan cara ini, komputer anda akan lebih bersih dari sampah-sarap yang ditinggalkan oleh perisian-perisian itu.

Antara fungsi-fungsi lain yang turut ditawarkan oleh Revo Uninstaller:

Autorun Manager akan memaparkan program yang dilancarkan secara automatik apabila Windows dimulakan. Sekiranya anda tak mahu satu-satu program dilancarkan secara automatik, kosongkan ruangan checkbox di sebelahnya.

revo-02

(klik imej untuk besarkan)

Browsers Cleaner membolehkan anda memadam rekod Internet anda, contohnya laman web yang telah anda lawati. Anda boleh memadam rekod Internet bagi Internet Explorer, Firefox, Opera, dan Netscape. Terdapat juga Microsoft Office Cleaner dan Windows Cleaner untuk pembersihan komputer anda.

revo-03

(klik imej untuk besarkan) 

Hunter Mode membenarkan anda uninstall program dengan lebih mudah. Hanya tarik ikon Hunter kepada mana-mana aplikasi, dan anda akan diberikan beberapa pilihan, termasuklah uninstall program tersebut.

revo-04

Akhir kata, Revo Uninstaller adalah perisian yang lengkap bagi tujuan uninstall program yang terdapat dalam Windows. Ia dapat memastikan komputer anda bersih dari tinggalan fail-fail dan registry yang tidak berguna.

Dapatkan Revo Uninstaller di sini.

(Tips: Jika anda inginkan perisian pembersihan PC yang lebih menyeluruh, anda boleh mencuba CCleaner).

16 thoughts on “Revo Uninstaller: Uninstall Program Dengan Sepenuhnya

  1. bagusla ada software macam ni.. pada aku, yang best dia dapat buang registry skali…
    bleh la aku guna software yang trial, bila abes tempoh, uninstall pehtu install blek.. hahaha
    ye ke aku cakap ni????? tahlah

    • so’od »
      ccleaner clear up gak.. cuma revo lebih spesifik pada2 satu2 aplikasi. mungkin ada yang ccleaner cuci, terlepas pandang

  2. Oh macam ccleaner. cuma bila guna ccleaner still ade folder dia kat program files (sesetengah software) n i keep delete it manually. Cambest je. I will give it a try. thanks for the info!

  3. kalau kita just pkai disk cleanup dan disk defragmenter boleh kan..
    untuk buang segala fail yang x berguna tu kan..
    atau revo uninstaller ni lg dasyat..?

  4. sy dh intall revo uinstaller tpi msih x blh buang lgi sy pnye antivairus avira mgetahuan MK sy dh bli antivairus keyspyke yg berlesin skrg ni y nak uninstaller anti vairus avira sy tpi msh tdak blh buang jge mcm mne tu blh bntu sy kn

  5. Cara nak lajukan Komputer….. hanya untuk Windows XP…

    1. pasti kan buang semua shortcut kt desktop anda, x buang pon xpe tp di galakkan

    2. clean up disk c, n defrag beberapa x sehingga xde colour merah

    3. pegi kat run taip msconfig ok

    4. pastu kuar system configuration utility, pi kat startup and disable all

    5. restart

    6. past on pi kt mycomputer – properties – advance – perfomance – setting – click adjust for best perfomance-ok

    7. windows akan setting classic, biarkan…

    8. pi kat run taip regedit – ok pastu akan kuar registor editor

    9. cari file HKEY_CURRENT_USER —-> control panel —–> Desktop

    10. double click kat menushowdelay set kepada 0

    11. then ok

    pastu restart ler…

    rasakan perubahan di computer anda… pasti menghiburkan…. rase cam pakai processor 5.0ghz plak.. hehehehehehe…..

    pastu set ler balik korang punya themes n apperance

    that all…..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong> <pre lang="" line="" escaped="" highlight="">