SembangKomputer.com

Tips - tips komputer, perisian, dan Internet

Skip to: Content | Sidebar | Footer

RM250 untuk sebuah PC, Ada Yang Berminat?

16 January, 2008 (16:06) | Perisian, Sembang Editor | Oleh: MK

Baru sahaja terbaca entri ini dari melayubuntu: bina PC sendiri dengan kos $72 sahaja (dari Popular Science). Jika ditukar kepada Ringgit Malaysia, PC ini cuma berharga RM 250 sahaja. Dengan CPU jenis Intel Celeron 500Hz, 128MB SDRAM, dan USB Drive (ia tidak memerlukan hard disk), PC ini sudah cukup untuk tujuan menaip dan melayari Internet. OS yang digunakan adalah Damn Small Linux, satu jenis OS Linux yang popular kerana saiznya yang amat kecil.

Bagi saya, kreativiti seperti ini adalah sangat menarik. Oleh kerana ramai orang terlalu mengikut trend dan perkembangan teknologi, mereka berlumba - lumba meningkatkan keupayaan PC masing - masing dengan menambah graphic card, RAM, casing yang canggih, dan macam - macam lagi. Kalau PC tersebut digunakan untuk tugas - tugas yang berat (image processing, video editing) lain cerita, tapi menghabiskan sejumlah duit yang banyak hanya untuk bermain permainan komputer adalah satu perbuatan yang membazir.

Perisian yang semakin ‘dahaga’ sumber komputer juga tidak membantu. Vista contohnya, memerlukan spesifikasi komputer yang agak tinggi kerana ingin memaparkan gaya visual yang cantik. Begitu juga dengan perisian Elephantware yang lain, seperti Adobe Reader, Yahoo Messenger, dan Internet Explorer yang menggunakan sumber komputer yang tinggi.

Penyelesaiannya? Jangan korbankan prestasi komputer untuk gaya visual yang menarik. Gunakan SumatraPDF berbanding Adobe Reader. Ganti Internet Explorer dengan Opera. Buang Yahoo Messenger dan pasang Miranda IM. Gunakan tema Windows Classic. Dan bagi yang betul - betul inginkan prestasi, gunakan Linux ^^

Popularity: 6% [?]

Entri berkaitan

Komen

Komen dari melayubuntu
Masa: January 16, 2008 pada 6:07 pm

thanks sbb linkkan ke blog aku..
anyway, nice blog :)

[Balas komen ini]

Komen dari NoktahHitam
Masa: January 16, 2008 pada 8:22 pm

Looks good but too weak to be used for on the go. perhaps as a car mobile its ok.

[Balas komen ini]

Komen dari lydiarayyan
Masa: January 16, 2008 pada 11:39 pm

waaa…..

[Balas komen ini]

Komen dari KNizam
Masa: January 18, 2008 pada 4:02 pm

perghhhh murah tuh :)

[Balas komen ini]

Berikan komen