RocketDock: Launcher Gaya Vista Untuk Desktop Anda

Setelah menggunakan Launchy, ia talah menjadi sebahagian besar dari hidup komputer saya dan sukar untuk saya mencari pengganti yang lebih baik. Namun, sekali-sekala ada juga software Launcher lain yang menarik perhatian saya. Meskipun tidak secekap Launchy, namun ianya menonjol dari segi rupa

RocketDock juga merupakan satu Launcher, iaitu shortcut untuk membuka folder dan program kegemaran anda. Ia memberikan paparan lutsinar yang bersih dan kemas. Apabila anda letakkan mouse di atas RocketDock, ikon tersebut akan membesar (sangat menarik ^^). Anda tidak perlu bimbang sekiranya RocketDock akan memberatkan PC, kerana ia hanya menggunakan sedikit sahaja memori komputer.

rocket-dock-02

Untuk meletakkan satu-satu program atau folder di atas RocketDock, hanya perlu drag-and-drop (tarik dan lepas) sahaja program tersebut ke atas RocketDock. Cara yang sama juga boleh digunakan untuk menyusun kembali program-program tersebut.

rocket-dock-01

Tips: Kalau RocketDock mengganggu anda dari klik mana-mana bahagian pada skrin, tetapkan ia kepada Auto Hide. Right-click pada RocketDock, dan pilih Auto Hide.

Dapatkan RocketDock di sini.

10 thoughts on “RocketDock: Launcher Gaya Vista Untuk Desktop Anda

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong> <pre lang="" line="" escaped="" highlight="">