RocketDock: Launcher Gaya Vista Untuk Desktop Anda
Setelah menggunakan Launchy, ia talah menjadi sebahagian besar dari hidup komputer saya dan sukar untuk saya mencari pengganti yang lebih baik. Namun, sekali-sekala ada juga software Launcher lain yang menarik perhatian saya. Meskipun tidak secekap Launchy, namun ianya menonjol dari segi rupa
RocketDock juga merupakan satu Launcher, iaitu shortcut untuk membuka folder dan program kegemaran anda. Ia memberikan paparan lutsinar yang bersih dan kemas. Apabila anda letakkan mouse di atas RocketDock, ikon tersebut akan membesar (sangat menarik ^^). Anda tidak perlu bimbang sekiranya RocketDock akan memberatkan PC, kerana ia hanya menggunakan sedikit sahaja memori komputer.

Untuk meletakkan satu-satu program atau folder di atas RocketDock, hanya perlu drag-and-drop (tarik dan lepas) sahaja program tersebut ke atas RocketDock. Cara yang sama juga boleh digunakan untuk menyusun kembali program-program tersebut.

Tips: Kalau RocketDock mengganggu anda dari klik mana-mana bahagian pada skrin, tetapkan ia kepada Auto Hide. Right-click pada RocketDock, dan pilih Auto Hide.
Dapatkan RocketDock di sini.
Popularity: 9% [?]
Entri berkaitan
Komen
Komen dari Mira
Masa: March 7, 2008 pada 6:00 pm
Sy pun gune gak Rocket Dock nie. Memang mnarik la.. Sy dpt nie skali dlm Vista Transformation Pack Installer. ^^
Mira’s last blog post..It’s March already!
Komen dari iziana
Masa: March 7, 2008 pada 9:07 pm
sket hari aku pkai object dock
tp da uninstall sbb malas nk guna
haha~
tp interface mmg cun la rocketdock ni~
Komen dari so’od
Masa: March 7, 2008 pada 9:28 pm
lps ko rekemen launchy aku terus pakai.. tp x secara meluas.. sbb aku konvensyional (old-fashioned sebnarnya).. hehe..
japgi nak try benda ni plak.. see how it goes..
so’od’s last blog post..Cerita-Ceriti - Revisited
Komen dari Aisyah
Masa: March 8, 2008 pada 3:22 am
oh. saya pun guna benda ni. memang handy. :)
Aisyah’s last blog post..It’s Karaoke Time, Baby!
Komen dari Herumi-San
Masa: March 8, 2008 pada 10:34 am
wahhahaha… very nice…
membuatkan display kat monitor aku bergaya……
Komen dari starwalker
Masa: March 10, 2008 pada 5:26 pm
huhu not bad.. aku skang pakai stardock.
starwalker’s last blog post..people became cow when eat macdonalds
Komen dari NoktahHitam
Masa: March 16, 2008 pada 8:44 pm
Aku pakai flykiteos. Org kt kedai Mamak tnaye, You install Mac kat Compaq?
Aku sengeh je.
NoktahHitam’s last blog post..21As for SPM, The New Record of SPM
March 9th, 2008 at 9:47 am
so’od »
old skool.. ko memang mamat klasik.. haha