Pengorbanan, dalam konteks am, adalah melepaskan sesuatu yang kita sayangi, demi sesuatu yang lebih penting dan bernilai. Jadi, bersempena Hari Raya Korban ini, saya ingin mengajak diri saya sendiri dan para pembaca untuk melakukan sedikit pengorbanan bagi mendapatkan sesuatu yang lebih baik.
Tak kiralah pengorbanan dalam bentuk apa sekalipun. Mungkin kita boleh korbankan waktu kita bersembang di warung, agar lebih tekun di tempat kerja. Mungkin kita boleh korbankan sedikit dari gaji bulan ini untuk diberi kepada orang tua, demi sekuntum senyuman dari mereka. Mungkin juga kita boleh korbankan sedikit tenaga untuk beribadat di malam hari, demi ganjaran yang tak terhingga dari-Nya.
Tapi janganlah kita pula yang menjadi korban pengaruh pemikiran Barat, serta tipu daya syaitan durjana. Persiapkanlah diri dengan perisai iman dan taqwa.
Buat semua pembaca Sembang Komputer khasnya yang beragama Islam, Salam Aidil Adha saya ucapkan :)
salam aidiladha mk.. :D
jadikan blog sebagai tempat peringatan juga..tu dah bagus..dalam internet juga ada banyak pengaruh..tinggal kita yang hendak memilih pengaruh mana yang baik kan..~
cantiik gambar tu!
salam aidiladha kusu.. tq ^^
slamat hri raya haji dr aku jgk..
selamat hari raya haji zul :)
selamat hari raya MK ;)
selamat raya abdussalam :)
selamat menyambut aidiladha…
salam aidil adha pakcik..
salam korban salam keinsafan..
salam korban menteil :)
bekorbanlah ntuk apa sahaja asal jgn sampai tekorban.. hehehe… salam aidiladha MK. dan jgn lupa subscibe blog aku.. hehehe…
salam aidiladha Khai. aku subscribe lama dah :)
salam aidil adha…. korbankan waktu sedikit dikomputer kepda bersama keluarga menymbut ari raya… hu hu..
salam aidil adha.. kat kampung aku memang takde komputer, so takde pe nak dikorbankan di situ, huhu.
MK.. masih tak terlambat rasenye nak ucap
Salam Aidiladha untuk hang.
Salam ceria selalu~
Kreuger®
salam Aidiladha, salam ceria Kreuger :)
hu3
aik?
sudah tukaq theme??
hrrmm..
kehijauan…
sedap mate memandang…he3