Salam Aidilfitri

turban

Singkat benar rasanya, bulan Ramadhan kali ini dah hampir sampai penghujungnya. Bila dihitung balik amalan yang telah dilakukan, memang terlalu sedikit. Ya Allah, bila Ramadhan ini berakhir, janganlah Kau jadikan kami antara orang-orang yang rugi, yang tidak berubah kepada yang lebih baik.

Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua muslimin dan muslimat, khasnya para pengunjung SembangKomputer.com. Saya menyusun sepuluh jari-jemari kecil ini, memohon maaf kiranya ada terkasar bahasa, tersilap bicara. Semoga kita semua sentiasa berada dalam rahmat-Nya, amin.

Macam biasa, saya beraya di Pahang, kemudian di Negeri Sembilan. Tahun ni dah mula bekerja, sepatutnya dah kena bagi duit raya kat anak-anak sedara. Silap-silap, saya yang dapat duit raya nanti, hohoho.

Pandulah dengan selamat, banyakkan istighfar di jalan raya. Kat kampung, sembang-sembang le dengan sepupu yang dah lama tak tegur tu. Kalau ada duit lebih, hulur-hulur la sikit kat mak dan abah, tok wan sekali. Ala, 50 hengget pun jadi le ^^

Kepada para pembaca SembangKomputer.com, teruskan mengikuti blog ini kerana banyak perkara menarik akan menyusul selepas raya nanti! Salam Aidilfitri semua, assalamualaikum.

39 thoughts on “Salam Aidilfitri

  1. aloha….selamat hari raya kepada sahabatku MK…
    mohon kemaafan dari hujung rambut ku yang paling panjang hingga hujung kuku kaki ku yang paling panjang….
    SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI…
    MAAF ZAHIR DAN BATIN BLOM LAGI…
    hehe…jgn mare…

    • @Encik Kacang: encik kacang dari JMTi la ni ek.. haha
      em, maaf zahir gak, klu ada salah silap..

      buat FYP elok2.. semoga berjaya. sem depan wat OJT pastu bleh blah dari JMTi da..

    • @oDiN: selamat hari raya.. kampung aku ada dua, satu kat pahang, satu lagi kat negeri sembilan.. malam sat g balik kampun la, nasib baik dapat cuti lama, hoho

    • @Uncle G: selamat hari raya, maaf zahir batin. raya tahun biasa-biasa je, tak berkesempatan nak jumpa ramai sedara-mara, huhu..

  2. salam aidilfitri kepada semue.mungkin tahun ne adalah hari yang paling sedih bagi fyda.tahun nie fyda raye tanpa orang yang di cintai karana kami telah berpisah.amat sedih hati nie bila hari raya nakin menjelang..salam aidil fitri dan maaf zahir dan batin..SELAMAT HARI RAYA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong> <pre lang="" line="" escaped="" highlight="">