Assalamualaikum WBT.

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana berkat nikmat dan limpah kurnianya, saya masih mampu menulis di blog yang kecil ini. Pejam celik, dan setahun rupanya usia Sembang Komputer. Tak pernah lagi benda yang saya buat dapat istiqamah sebegini lamanya (syukur lagi sekali pada Tuhan)

Hijrah itu membawa erti perubahan. Dan sempena tahun baru Hijrah ini, saya berazam untuk membuat beberapa perubahan berikut:

  • Menambah baik design blog ini.
  • Mempelajari Linux.
  • Menerbitkan buku.

Kini saya dalam proses berjinak-jinak dengan XHTML dan CSS, demi menambah baik design Sembang Komputer. Meskipun kualiti artikel adalah yang paling penting, namun design juga perlu bagi membantu kefahaman, serta menjadikan pembacaan lebih menarik. Bila rupa dah cantik, barulah sejuk mata memandang, ye tak.

Saya juga dah lama teringin nak bertukar kepada Linux, namun sambungan Internet masih menjadi penghalang. InsyaAllah akan saya cuba atasi masalah itu. Macintosh? Pun teringin juga. Tapi terlalu mahal, tunggulah saya kaya-raya dulu :p

Satu lagi impian saya adalah untuk menerbitkan buku komputer, kerana saya dapati amat kurangnya buku-buku sebegini dalam Bahasa Melayu.

Doakanlah yang baik-baik untuk saya, boleh kan? Kalau ada sebarang cadangan, bantuan, atau pertanyaan; sila hubungi saya atau add saya di YM: khairul_jmti

Akhir kata, satu peringatan untuk diri saya sendiri, semoga kita semua dijauhkan dari perasaan riak dalam menyebarkan ilmu:

Dia akan berkata: Aku telah mempelajari ilmu dan mengajarnya kepada orang lain dan untuk mendapat redhaMulah aku telah membaca Al-Quran. Allah SWT akan berfirman: Kamu bohong. Kamu pelajari ilmu supaya orang menggelarmu ‘alim’ dan membaca Quran supaya orang memanggilmu Qari. Kemudian dia akan diperintahkan untuk diseret di atas mukanya dan akan dilemparkan ke dalam neraka Jahanam. [teks penuh]

Related Posts with Thumbnails

54 Responses


  1. Bat on 28 Dec 2008

    Salam maal hijrah MK.

    Terima kasih untuk peringatan, insaf sekejap. =)

    • MK on 28 Dec 2008

      salam maal hijrah bat.

      peringatan untuk kita bersama, ye :)

  2. KNizam on 28 Dec 2008

    salam maal hijrah ya :)

    • MK on 28 Dec 2008

      salam maal hijrah KNizam :)

  3. WaidaKmy on 28 Dec 2008

    Salam MK,

    selamat tahun baru jua (masihi dan hijriah)

    marilah kita sama2 berhijrah ke arah yang lebih baik :)

    terbit buku? ni sama tujuan ni..mari JV ngeheh :D

    ps: ada sekali tu rasa2 macam terserempak MK dekat LRT Tasik Selatan..hehe

    • MK on 28 Dec 2008

      salam kak waida, salam maal hijrah jua..
      eh, terserempak dengan saya kat BTS je, awat tak tegoq.. huhu.

      • WaidaKmy on 31 Dec 2008

        @MK, takut tersalah orang..lagipun masa tu akak tengah naik tangga..MK pula laju je turun tangga..nak kejar LRT kot :D

        • MK on 31 Dec 2008

          @WaidaKmy, oh kalau laju semacam tu memang saya tengah kejar lrt la tu. jangan dihalang, bahaya :p

  4. TMUkmkd on 28 Dec 2008

    K pun baru je guna Ubuntu as 100%.. jom blaja linux :)

    • MK on 28 Dec 2008

      saya nak guna Linux 100% ni lambat lagi nampaknye.. ape pun, blaja pelan2..

  5. alonqexe on 28 Dec 2008

    Assalamualaikum. Salam Maal Hijrah MK!

    • MK on 28 Dec 2008

      W’salam. Salam maal hijrah Along :)

  6. Kreuger on 28 Dec 2008

    MK… salah maal hijrah gak untuk hang.
    mode tahun depan akan bertambah tutorial
    untuk pengguna noob macam aku…

    thanks~

    Kreuger®

    • MK on 28 Dec 2008

      Salam maal hijrah kembali, Kreuger.
      insyaAllah tahun depan aku cuba istiqamah, lebih kerap lagi tulis artikel kat Sembang Komputer ni.
      hang pun bukan noob mana, boleh tahan gak pe.

      p/s: tutorial install windows guna usb tu dah nak siap dah sebenanye, tinggal sikit je lagi. kalau tak aku dah publish dah hari ni, huhu.

  7. Khai on 28 Dec 2008

    salam maal hijrah juga.. lama x nampak ko kat blog aku.. hehehee… subscribe la rss feed aku yer bro….

    • MK on 28 Dec 2008

      aku singgah je kat blog ko, tak komen je. salam maal hijrah khai..

  8. affuan on 28 Dec 2008

    salam dan selamat bercuti.

    • MK on 28 Dec 2008

      selamat bercoti juga affuan

  9. Apiez on 28 Dec 2008

    salam maal hijrah… MK… aku pon teringin nk terbit buku..

    • MK on 28 Dec 2008

      salam maal hijrah Apiez. ko terbit la buku pasal Photoshop lak

  10. aman on 28 Dec 2008

    salam maal hijrah MK

    • MK on 29 Dec 2008

      salam maal hijrah Amanz :)

  11. uknown on 28 Dec 2008

    salam mahal hijrah MK…
    semoga lebih banyak memberi ilmu yg berguna…

    • MK on 29 Dec 2008

      salam maal hijrah kembali.. teruskan membaca ye

  12. Sarah on 28 Dec 2008

    Khairul,
    Salam Maal Hijrah. KS sokong kamu pasal buku tu. Usaha sungguh2 ok!

    • MK on 29 Dec 2008

      Salam Maal Hijrah KS ^^

      InsyaAllah, saya akan berusaha untuk buku tu. Thanks for your support, sangat bermakna tau :)

  13. Az on 28 Dec 2008

    Salam Maal Hijrah… Semoga diberkati & dirahmati Illahi

    • MK on 29 Dec 2008

      Terima kasih. Salam Maal Hijrah gak..

  14. oDiN on 29 Dec 2008

    Salam maal hijrah .
    :)

    • MK on 29 Dec 2008

      salam maal hijrah odin..

  15. munirah bahrin on 29 Dec 2008

    woot woot.
    salam maal hijrah weh!

    • MK on 30 Dec 2008

      @Munirah, salam maal hijrah :)

  16. Mustaffa on 29 Dec 2008

    salam maal hijrah. SK tetap di hati!

    • MK on 30 Dec 2008

      @Mustaffa, tema kaseh. salam maal hijrah :)

  17. takenaga on 29 Dec 2008

    semoga tahun baru nie bawa keberkatan kepada kau MK.
    Aku sentiasa support kau! =)
    *tp jarang gile kasi comment kat blog kau. sorry. =P*

    • MK on 30 Dec 2008

      @takenaga, kalau tak kasi komen, setkat singgah pun dah oke.. tema kaseh ^^

  18. kurt on 29 Dec 2008

    Org yg berhijrah itu adalah org yg meninggalkan apa yg ditegah oleh Allah…[Maksud Hadis]

    p/s:MK, kt JMTI ada org wt virus lg x?lama x dgr citer virus dr JMTI..hoho..

    • MK on 30 Dec 2008

      @kurt, tatau la ada lagi ke tak, lama dah tak singgah JMTi..

  19. rogaya on 29 Dec 2008

    Salam Maal Hijrah
    Tentang penerbitan buku tu, semoga berjaya

    • MK on 30 Dec 2008

      @rogaya, terima kasih, salam maal hijrah..

  20. anGah on 30 Dec 2008

    salammmm

    • MK on 30 Dec 2008

      @angah, hm? salam ^^”

  21. suzana on 30 Dec 2008

    selamat thn baru!!salam perkenalan
    “saya budak baru blaja sebarang masalah bole tlg saye ek”

    • MK on 30 Dec 2008

      @suzana, salam tahun baru. salam perkenalan juga :)

  22. ibnmasir on 30 Dec 2008

    Salam Maal HIjrah 1430. Peringatan yg bagus…semoga terus istiqamah..

    • MK on 30 Dec 2008

      @ibnumasir, salam maal hijrah :)

  23. zuraimey on 30 Dec 2008

    salam maal hijrah 1430 buat SK.semoga kedatangan 1430 ni membuat SK terus berkarya agar saya dpt mempelajari selok belok komputer…TERIMA KASIEEHHH.

    • MK on 30 Dec 2008

      @zuraimey, salam maal hijrah. tema kaseh ye, insyaAllah SK akan tetap berkarya seadanya.. ^^

  24. Eriyza on 30 Dec 2008

    Selamat menyambut tahun baru Hijrah 1430.
    Mau buku pree. :D

    • MK on 30 Dec 2008

      @Eriyza, salam tahun baru hijrah. bila buku dah siap nanti, sampai la kat umah Kak Eriyza satu :)

  25. zairi on 31 Dec 2008

    Selamat Menyambut Awal Muharram. aku nak mintak ko tolong selidik pasal software ni. dia cakap software ni mampu trace laptop yang kena rembat. bemakna kita bleh tau kat mana laptop kita masa tu.

    http://adeona.cs.washington.edu/

    • MK on 31 Dec 2008

      @zairi, Salam Awal Muharram. Ada masa nanti aku selidik software ni ye bro.

  26. Uncle G on 02 Jan 2009

    salam tahun baru bro..

  27. MU on 05 Jan 2009

    salam maal hijrah MK..
    berhijrah demi ALLAH..


Leave your comment