Salin Formatting Dalam Microsoft Word

Untuk menyalin formatting dalam Word, anda hanya perlu menekan Ctrl+Shift+C pada teks pertama, dan tampal formatting tersebut dengan menekan Ctrl+Shift+V pada teks kedua.  Baca selanjutnya untuk mengetahui bagaimana fungsi ini akan dapat menjimatkan masa anda.

Sewaktu menaip dokumen menggunakan Microsoft Word, biasanya kita perlu memastikan formatting seragam di sepanjang dokumen agar ianya nampak kemas dan profesional.

Dalam formatting pula, perkara paling leceh yang perlu dibetulkan adalah berkaitan dengan indentation. Puas la nak tekan kekunci Tab berkali-kali, ataupun terpaksa menggunakan fungsi pembaris dalam Word untuk mendapatkan indentation yang betul. Untuk menggambarkan apa yang saya cakap ni, lihat contoh pada rajah di bawah:

word-copy-formatting-01

Berdasarkan rajah di atas, teks nombor 1 dan 2 sepatutnya mempunyai formatting yang sama. Namun kita dapat lihat teks nombor 2 mempunyai indentation yang lari dari asal. Kalau nak betulkannya secara manual, kita perlu menggunakan fungsi pembaris yang terletak di bahagian atas tersebut.

Jadi, gunakanlah Ctrl+Shift+C dan Ctrl+Shift+V untuk menyalin formatting dengan mudah, supaya dapat menjimatkan masa. Hasilnya kedua-dua teks menjadi tersusun dan kemas.

word-copy-formatting-02

Selamat mencuba :)

P/S: Maaf, entri yang saya tulis memang tunggang-langgang sikit sewaku letih. Ni dah nak pergi tidur dah, selamat malam semua.

31 thoughts on “Salin Formatting Dalam Microsoft Word

  1. semart r tips nih… boleh r den pakai tok wat report praktikal… dah lah report lbh 100 muka surat… jenuh ooo nak setting ruler bebanyak… hehe

    • @5rux, haa numbering adalah lagi satu part yang paling leceh, selain indentation. Copy formatting ni boleh gak buat untuk numbering :)

  2. bagi kak jie yg belajar internet bukan secara formal. maksudnya tiada guru….cuba & gagal , maklumat ini sgtlah berguna…

    sekarang hari2 kena taip BQ dan progress report..

    TQ KM

  3. naper kalau ctrl+v dalam wordpress jadi tunggang langgang ek. ada solution ke eh ? selalunyer aku kena edit html dalam editor screen. hehe :)

    • @KNizam, copy dari Word ke bro? WordPress memang tak dapat nak salin formatting yang dah ditetapkan dalam Word… kalau salin dari plain text editor macam notepad boleh le.. huhu. Nak senang, tulis entri terus dalam Windows Live Writer.

  4. asslamualaikum…

    bagaimana nak wujudkan semula folder optin y telah hilang,
    dan bagaimana nak enable semula file y kita da hiden ,

  5. salam, nak tanya…mcm mana nak isi borang dalam komputer.

    saya dah cuba buat tp tak jd lah..

    saya scan borang n saya nak edit tempat kosong , saya copy dlm word tp tak menjadi. atau pun kena guna microsoft lain..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong> <pre lang="" line="" escaped="" highlight="">