Biasanya apabila sesuatu kesilapan berlaku dalam Windows, satu mesej ralat (error message) akan keluar. Anda mungkin ingin mengetahui lebih lanjut tentang masalah ini dengan membuat carian di Internet, ataupun bertanya di dalam forum.

Jadi, bagaimana untuk menyalin mesej ini dari kotak mesej? Pernah suatu ketika dahulu saya terpaksa menaip kembali mesej yang dipaparkan satu-persatu. Sedangkan cara untuk menyalin kesemua mesej yang keluar adalah senang sahaja, tekan Ctrl+C. Kemudian buka Notepad atau apa-apa editor kegemaran anda dan tekan Ctrl+V. Itu sahaja, sangat mudah.
Saya sepatutnya tahu tips ini lebih awal… >_<”
Edit:
Anda juga boleh gunakan Ctrl+Insert untuk menyalin mesej dan Shift+Insert untuk menampalnya (terima kasih Azhar!).
Kenapa saya baru tahu cara2 ni? huuu..
Ataupun kamu boleh tekan Ctrl+Insert, dan pastekan guna Shift+Insert… Saya selalu guna yang ini
ixora: sama la kite.. >___<
azhar ahmad: hehe, satu lagi ilmu baru saya belajar hari ni! terima kasih ^^
lol aku pun baru tau… selame ni aku taip balik.. hahahahaa..
huhu…selali sebelum nie, aku tulis kat kertas..haha..
Aku pun sama :P
huhu… suma pun sama.. bersatu betul korang nih
Pingback: Bunyi Tidak Keluar Dalam Windows | SembangKomputer.Com
salam…sy chaters bru kat cni..
hampeh tul…mati² aku ingat kena install software ..haha rupa²nya…huhu. anyway tysm sbb dgn artikel ni aku baru sedar bahawa aku ni bodo lagi pasal pc nih..hehe
izin aku kecohkan kepada yg lain..wakakaka