SamzulZamzuri – Kenal Nama Ini?

Baru-baru ini otai AdSense Malaysia, Alang, telah memindahkan blog beliau kepada domain yang baru dari www.szab.net/blog kepada www.samsulzamzuri.com. Ini merupakan satu langkah yang agak besar kesannya. Ini kerana, apabila sesebuah laman web itu bertukar domain, ianya akan kehilangan:
- PageRank
- Indeks dari enjin carian
Ini bermakna, blog yang berada pada domain baru tersebut haruslah bermula dari kosong semula untuk mendapatkan kembali PageRank serta diindeks oleh Google.
Namun begitu, langkah ini adalah langkah strategik yang diambil oleh Alang. Ini kerana, domain lama beliau mempunyai kelemahan yang ketara, iaitu:
- Walaupun pendek, namun alamat www.szab.net/blog memang sukar diingati.
- Alamat blog (www.szab.net/blog) adalah berbeza dengan nama blog, iaitu Blog Webmaster Malaysia. Ini tidak memberikan identiti yang cukup kuat untuk diingati oleh pengunjung.
- Samada alamat lama tersebut (www.szab.net/blog), ataupun nama bagi blog beliau (Blog Webmaster Malaysia), kedua-duanya tidak sinonim dengan Alang. Sekali lagi, ia tidak memberikan blog tersebut identiti yang kuat.
Oleh sebab itulah Alang telah mengambil keputusan untuk menukarkan domain kepada www.samsulzamzuri.com. Walaupun pada peringkat awalnya masih ramai yang tidak mengenali nama ini, namun lama-kelamaan ia akan membentuk satu identiti yang lebih kukuh dan dikenali daripada sebelumnya. Cadangan saya kepada Alang, tukarkan nama Blog Webmaster Malaysia tersebut kepada Samzul Zamzuri.
Anda boleh lihat entri Alang tentang penukaran domain ini untuk mengetahui bagaimana beliau mengarahkan somain lama kepada yang baru agar tidak kehilangan pelawat.
Pada isu yang akan datang juga, saya berikan panduan memilih domain yang baik. Perkara ini adalah antara perkara pertama yang anda perlu beri perhatian bagi memastikan blog anda berjaya dan dikenali.
Popularity: 56% [?]
Entri berkaitan
Komen
Komen dari aeropama dot com
Masa: August 16, 2008 pada 1:36 pm
sebab aku masih baru dlm dunia make money online, aku baru sj kenal tentang beliau. aku dh blog hoping ke sana. tulisannya sangat best hinggakan terautomatik aku subscribe feeds beliau…
Komen dari kita
Masa: August 17, 2008 pada 3:27 pm
aku kenal dah lama ,,kenal melalui blog jer lerrr
Komen dari zamz
Masa: August 19, 2008 pada 8:49 pm
aku baru tau pasal blog ni…mmg sejuk mata memandang..sumenya tersusun
Entri terkini zamz: Iklan Petronas 2008
Komen dari Extremist Thinker
Masa: August 21, 2008 pada 8:53 am
xpe. leh je redirect pegi web baru. cuma guna domain lama, setkan tempoh 10seken dlm web lama pastu redirect. dua2 dpt hits. tue yg akoo pektiskan bila tukar domain. hehe. tp bila dah dpt blk kenangan lama dalam blog baru. bleh je matikan fungsi redirect tue.
Komen dari yanmie
Masa: October 9, 2008 pada 12:19 pm
blog nie yan dh lama tau semenjak berjinak2 dlm dunia blogger. nice blog..
August 19th, 2008 at 8:54 am
@aeropama dot com: dia orang lama gak dalam MMO neh, kirenye kalau menulis pasal MMO ni memang otai le..