Satu Penghormatan Buat InfoMalaya dan Amanz.My

infomalaya

Alhamdulillah, InfoMalaya kini kembali ke udara semula. Pastinya berpunca daripada kasih sayang yang mendalam Bat terhadap blognya (juga kasih sayang Affuan terhadap Bat :P), InfoMalaya akan terus menyediakan maklumat-maklumat yang berilmiah buat para pembaca.

Saya mengenali InfoMalaya apabila saya mula-mula berjinak dengan dunia blog tempatan, kira-kira setahun setengah yang lalu. Waktu itu, saya lihat betapa gah nya InfoMalaya, sebuah blog teknologi tempatan yang paling berprestij pada masa itu. Rasa kecilnya saya berbanding saudara Bat.

Tapi bila dah kenal, nyatalah Bat seorang yang merendah diri, peramah, dan penuh semangat. Dan loghat utaranya tak pernah tinggal. Cuma itulah, saya tetap lebih kecil berbanding Bat, secara fizikalnya lah. Ha ha.

Apa yang saya inginkan dalam InfoMalaya? Hm, teruskan dengan artikel-artikel yang ringkas, tetapi bermanfaat. Apa yang saya suka dengan InfoMalaya adalah kerana ianya tidak mempunyai topik yang khusus. Kebanyakan masanya teknologi, namun juga diselitkan dengan renungan oleh Arynet, meraban oleh Affuan, malah sudut mencari tuan punya barang pun ada.

Kalau anda rasa anda boleh menyumbang artikel kepada InfoMalaya, jangan segan-segan nak hantar. Hatta cara-cara menggoreng ayam pun bukan semua orang tahu. Berkongsi ilmu ni banyak pahalanya kan.

Sudah tiga tahun, dan semoga terus maju, InfoMalaya :)

amanz

Di kesempatan ini, saya juga ingin memberi penghormatan buat Amanz.my (dahulunya di Amanz.net), yang telah berada lebih lama daripada Sembang Komputer dan InfoMalaya.

Sejak dari dahulu, Amanz menulis entri mengenai perkembangan teknologi tempatan dan antarabangsa. Biasanya Amanz lah yang terlebih dahulu membuat liputan mengenai berita terbaru dunia teknologi tempatan. Entri-entri juga ditulis secara ringkas, senang saya membacanya.

Saya belum berkesempatan lagi bertemu dengan Amanz, namun saya yakin dia adalah seorang yang berfikiran jauh, dan mempunyai perancangan yang rapi, walaupun pada usia yang muda (sebaya dengan saya).

Sudah empat tahun, dan semoga terus maju, Amanz Network :)

P/S: Sembang Komputer masih muda, baru mencecah dua tahun. Semoga maju jaya juga hendaknya.

48 thoughts on “Satu Penghormatan Buat InfoMalaya dan Amanz.My

  1. mereka selaku orang lama dalam blog tempatan. aku kagum dengan mereka!

    teruskan perjuangan! jadikan contoh kepada orang kita ;)

    • @TMUkmkd: Blog ko hebat gak pe. Aku ni je yang dah tenggelam timbul lak sekarang, cuba nak dapatkan momentum semula.

  2. thanks MK. Sama-sama kita majukan industri blog negara. Yayy!

    p.s: nanti suh Bat wat reunion cam dulu, bleh kita jmpe. Huhu.

  3. Khairul, aku kecik jugak, cuma besar skit ja tang perutm =P

    Terima kasih untuk entri ni.Hang kena jumpa Aman, sebab dia lagiii peramah dari aku, hahahaha, kan Aman?

    Okeh, sambung siapkan theme, =_=

  4. kebiasaanya blog yg power di miliki oleh pelajar , kalau ada blog it yg power mesti ownernya full time blogger.kalau blog yg ownernya part time jer mesti “rok rat ” teruskan usaha memartabatkan ilmu it dalam bahasa ibunda.

    • @kita: Huhu, sepatutnya bila dah kerja la ada lebih control terhadap hidup sendiri. Apa pun, bersam teruskan usaha :)

  5. moga semua blog korang semua akan hidup dan terus hidup untuk memberi ilmu panduan macam aku yang tak mampu belajar secara formal.nasib le blog korang bahasa malaysia.kalau tidak sampai bebila pun aku buta dalam internet ni.syabas semua Infomalaya,amanz,sembang komputer,eriyza dan banyak lagi.ada yg aku dah link kat blog aku dan mungkin ada yg blum maaf le ye
    pepun korang sifu aku cara senyap di dunia internt ni.
    mekasih bebanyak

  6. “saya tetap lebih kecil berbanding Bat, secara fizikalnya lah”

    ya aku sokong pernyataan di atas… ianya sangat jujur.. haha..

    erm amanz mmg otai abes.. smua dia taw.. laju aje dpt berita mcm cnn lak.. infomalaya lak moga ramai agi yg merajinkan diri sumbang artikel ye.. tahniah utk dua2… hebat dan mantap.. aku aje tertinggal.. hoho..

  7. apa yang penting kedua-dua blog tersebut termasuk jugak blog ni merupakan sumber rujukan utama aku. hehehe.. sebab url nkorang memang senang nak hengat..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong> <pre lang="" line="" escaped="" highlight="">