Atas pertanyaan Azhar, kali ini saya ingin menerangkan kepada anda apa yang perlu dibuat jika virus di dalam komputer tidak membenarkan pemasangan antivirus. Adakah anda perlu format komputer? Tidak sama sekali! Sebenarnya terdapat 1001 penyelesaian terhadap masalah sebegini tanpa perlu format semula komputer.
Ok, cadangan saya bagi masalah kita ini adalah scan komputer sebelum Windows dimulakan. Mengapa? Kerana sebahagian besar virus hanya berfungsi selepas Windows dimulakan. Bagaimana? Dengan menggunakan bootable CD. Bootable CD bermaksud CD yang boleh dijalankan tanpa memerlukan Windows.
Ultimate Boot CD for Windows
Kali ini saya akan menerangkan cara – cara menggunakan Ultimate Boot CD for Windows, kerana ianya paling senang difahami.
Terlebih dahulu, masukkan CD Windows XP ke dalam CD-ROM, dan copy kesemua kandungan CD atersebut ke dalam komputer anda. Dapatkan UBCD4Win ini di sini (saiznya agak besar, kira – kira 212 MB). Setelah selesai download, buka fail tersebut dan extract ke folder yang anda kehendaki. Setelah siap, buka fail UBCD4WinBuilder.exe untuk membuat fail ISO (yang akan digunakan untuk burn ke dalam CD). Paparan UBCD4Win PE Builder akan keluar. Jika ini kali pertama anda buka UBCD4WinBuilder, satu message box akan keluar: “Search for Windows installation files?”. Klik pada butang No. Pada bahagian Source, tekan butang ‘…’ dan pilih folder yang mengandungi fail Windows XP anda tadi. Pada bahagian Media output pula, pilih ‘Burn to CD/DVD’. Masukkan CD kosong anda (lebih baik jika menggunakan CD-RW) dan tekan pada butang Build. Tunggu sehingga semua proses selesai dan CD UBCD4Win anda akan siap. 
Menggunakan UBCD4Win
Masukkan CD UBCD4Win dan restart komputer anda (pastikan boot priority ditetapkan kepada CD-ROM. Apabila skrin menu biru keluar, pilih Launch Ultimate BootCD for Windows. Apabila loading selesai, klik pada Start > Programs > Antivirus Tools dan pilih AntiVirus kegemaran anda.
Bagaimana jika saya ingin update anti-virus? Sebelum proses membina ISO dilakukan, anda boleh terlebih dahulu update antivirus. Pergi ke folder \BootCD\UBCD4Win\plugin\AntiVirus. Di sini anda boleh melihat folder-folder AntiVirus yang disediakan. Sebagai contoh, jika anda ingin update AV7PE, masuk ke dalam folder AV7PE dan buka fail get_update.cmd dan ia akan update antivirus secara automatik. Selepas proses update selesai, anda bolehlah burn semula CD UBCD4Win tersebut.
Ohhh ok, TQ2…. Hummm, ilmu berguna nihhhh
fuhh… thanks for the info…. blah guna nih
Terima kasih atas info yang berguna ini. Cuma saiz fail yang besar tu lah tak tahan nak menunggu tu… Kalau takde masalah, jarang kita nak start download benda2 macam ni. Bila PC dah kena virus, baru terkial2 nak cari balik post ngko nih :P
@azhar, kipp: tema kaseh..
@imam khalid: tu la pasal, besar sangat. tapi bootcd macam ni penting bagi seorang tech support, sebab slalu guna. bukan untuk scan virus sahaja, dia boleh buat partition, file recovery, macam2 lagilah. ada baiknya sediakan payung sebelum hujan ^^
Pingback: Baiki Masalah PC Dengan BartPE | SembangKomputer.Com
Pingback: Baiki Masalah PC Dengan BartPE | SembangKomputer.Com
Pingback: Membaiki “Task Manager is Disabled” | SembangKomputer.Com
tima kasi banyak kepada admin kerana ujudkan blog ni.banyak dapat saya pelajari
a’kom klo gune untuk windows vista leh x?
dah download. tapi bila buat, tak jadi pulak. mangkuk netul la program tu. sakit hati. buat rosak cd jer.
@alongeasy: Sabar kena ada la… kalau tak macam mana nak jadik.
hai,yang mana satu nk download ek?
salam…
nk tnye ckit..klu komputer kite on, lps 2 trs die off blik…mslh ape yerk???
dulu pc aku pun cam tu.Ade kemungkinan virus @ komponen dalaman pc
program ini boleh reformat pc ke?
@@garry: Untuk reformat PC, perlukan CD Windows tu sendiri. UBCD4Win ni lebih pada recovery PC yang tak boleh nak boot.
MK,PC saya,boleh install kaspersky tapi nak start tak boleh,Herannya,install
Norton no problem.Adakah ini disebabkan virus??
salam MK…laptop aku ni ble on dpt black screen jer..sblm dpr black screen 2 lptop aku msok trojan jd aku scan la ngan avira rescue system..pastu bley bukak blek la..pastu skang ni dia black screen plak..aku nak scan pkai rescue system pon xbley pkai yg ni pon xbley jgak..sbb ape eyh? ke motherboard aku rosak? ke kne format blek lptop aku ni? tolong aku weyh assignment byk…huhu
pc saya ada masalah asyik ‘appear blue screen’ jer setiap kali saya scan computer saya(full scan) guna kapersky trial…adakah kemungkinan software antivirus yg problem or pc saya ada virus??
aku sdh launch the unlimited boot cd for windows tp loadingnya tidak selesai/tuntas muncul tulisan faied . tolong bantu aku.. help
terima kasih atas keikhlasan anda bekongsi maklumat.. laptop saya kini menggunakan windows vista, jadi bagaimana saya boleh setup semula menggunakan windows xp? sebabnyer windows vista menyebabkan laptop sya amik masa nak on & shut down..
tq
SALAM SEMUA!!!!TOLONG JANGAN KLIP PADA LINK NINJA PENDISK KERANA IANYA VIRUS..TQ