SembangKomputer.com

Tips - tips komputer, perisian, dan Internet

Skip to: Content | Sidebar | Footer

Scan Virus Sebelum Masuk Windows dengan UBCD4Win

23 January, 2008 (08:29) | Masalah Komputer, Perisian, Virus/Malware | Oleh: MK

Atas pertanyaan Azhar, pada entri ini saya ingin menerangkan kepada anda apa yang perlu dibuat jika virus di dalam komputer tidak membenarkan pemasangan antivirus. Adakah anda perlu format komputer? Tidak sama sekali! Sebenarnya terdapat 1001 peyelesaian terhadap masalah komputer (;p) tanpa perlu format semula komputer.

Ok, cadangan saya bagi masalah kita ini adalah scan komputer sebelum Windows dimulakan. Mengapa? Kerana sebahagian besar virus hanya berfungsi selepas Windows dimulakan. Bagaimana? Dengan menggunakan bootable CD. Bootable CD bermaksud CD yang boleh dijalankan tanpa memerlukan Windows.

Ultimate Boot CD for Windows

Kali ini saya akan menerangkan cara - cara menggunakan Ultimate Boot CD for Windows, kerana ianya paling senang difahami. Terlebih dahulu, masukkan CD Windows XP ke dalam CD-ROM, dan copy kesemua kandungan CD atersebut ke dalam komputer anda.

Dapatkan UBCD4Win ini di sini (saiznya agak besar, kira - kira 212 MB). Setelah selesai download, buka fail tersebut dan extract ke folder yang anda kehendaki. Setelah siap, buka fail UBCD4WinBuilder.exe untuk membuat fail ISO (yang akan digunakan untuk burn ke dalam CD).

Paparan UBCD4Win PE Builder akan keluar. Jika ini kali pertama anda buka UBCD4WinBuilder, satu message box akan keluar: “Search for Windows installation files?”. Klik pada butang No.

Pada bahagian Source, tekan butang ‘…’ dan pilih folder yang mengandungi fail Windows XP anda tadi. Pada bahagian Media output pula, pilih ‘Burn to CD/DVD’. Masukkan CD kosong anda (lebih baik jika menggunakan CD-RW) dan tekan pada butang Build. Tunggu sehingga semua proses selesai dan CD UBCD4Win anda akan siap.

Menggunakan UBCD4Win

Masukkan CD UBCD4Win dan restart komputer anda (pastikan boot priority ditetapkan kepada CD-ROM. Apabila skrin menu biru keluar, pilih Launch Ultimate BootCD for Windows. Apabila loading selesai, klik pada Start > Programs > Antivirus Tools dan pilih AntiVirus kegemaran anda.


Bagaimana jika saya ingin update anti-virus?
Sebelum proses membina ISO dilakukan, anda boleh terlebih dahulu update antivirus. Pergi ke folder \BootCD\UBCD4Win\plugin\AntiVirus. Di sini anda boleh melihat folder-folder AntiVirus yang disediakan. Sebagai contoh, jika anda ingin update AV7PE, masuk ke dalam folder AV7PE dan buka fail get_update.cmd dan ia akan update antivirus secara automatik. Selepas proses update selesai, anda bolehlah burn semula CD UBCD4Win tersebut.

Popularity: 22% [?]

Entri berkaitan

Komen

Komen dari Azhar Ahmad
Masa: January 23, 2008 pada 1:30 pm

Ohhh ok, TQ2…. Hummm, ilmu berguna nihhhh

[Balas komen ini]

Komen dari kipp
Masa: January 24, 2008 pada 6:45 am

fuhh… thanks for the info…. blah guna nih

[Balas komen ini]

Komen dari ImamKhalid
Masa: January 25, 2008 pada 1:59 am

Terima kasih atas info yang berguna ini. Cuma saiz fail yang besar tu lah tak tahan nak menunggu tu… Kalau takde masalah, jarang kita nak start download benda2 macam ni. Bila PC dah kena virus, baru terkial2 nak cari balik post ngko nih :P

[Balas komen ini]

Komen dari rightbrainer
Masa: January 25, 2008 pada 2:37 am

@azhar, kipp: tema kaseh..

@imam khalid: tu la pasal, besar sangat. tapi bootcd macam ni penting bagi seorang tech support, sebab slalu guna. bukan untuk scan virus sahaja, dia boleh buat partition, file recovery, macam2 lagilah. ada baiknya sediakan payung sebelum hujan ^^

[Balas komen ini]

Pingback dari Baiki Masalah PC Dengan BartPE | SembangKomputer.Com
Masa: February 24, 2008 pada 3:31 pm

[...] Dalam BartPE, program dipanggil sebagai plugin. Anda boleh dapatkan plugin untuk BartPE di sini. Untuk memasukkan plugin dalam CD BartPE anda, klik pada butang “Plugin” sewaktu membina CD BartPE. Jika anda mahukan CD BartPE yang telah sedia dengan pelbagai plugin, saya cadangkan anda dowload Ultimate Boot CD For Windows. [...]

Pingback dari Baiki Masalah PC Dengan BartPE | SembangKomputer.Com
Masa: February 25, 2008 pada 3:31 am

[...] Dalam BartPE, program dipanggil sebagai plugin. Anda boleh dapatkan plugin untuk BartPE di sini. Untuk memasukkan plugin dalam CD BartPE anda, klik pada butang "Plugin" sewaktu membina CD BartPE. Jika anda mahukan CD BartPE yang telah sedia dengan pelbagai plugin, saya cadangkan anda dowload Ultimate Boot CD For Windows. [...]

Pingback dari Membaiki “Task Manager is Disabled” | SembangKomputer.Com
Masa: May 8, 2008 pada 9:58 pm

[...] Jika AntiVirus anda telah dikacau oleh virus - virus durjana ini, ketahui bagaimana untuk scan virus sebelum masuk ke dalam Windows. [...]

Berikan komen