SembangKomputer.com

Tips - tips komputer, perisian, dan Internet

Skip to: Content | Sidebar | Footer

Screenshot Dengan Mudah Menggunakan EasyCapture

18 January, 2008 (16:58) | Perisian | Oleh: MK

Sebagai seorang pelajar, saya selalu membuat screenshot untuk disertakan dalam laporan. Imej yang ditangkap tidak selalunya diletakkan bulat - bulat di dalam laporan; ia biasanya disunting terlebih kepada bahagian yang penting sahaja. Dan biasanya saya menggunakan Paint untuk membuang bahagian yang tidak dikehendaki. Proses ini ternyata melecehkan.

Di sinilah saya berjumpa dengan EasyCapture. Perisian ini memberi anda pilihan untuk membuat screenshot, seperti:

  • Capture full screen [Ctrl+Shift+F]- menangkap keseluruhan skrin, sama fungsi seperti butang PrintScreen di atas papan kekunci.
  • Capture region [Ctrl+Shift+R] - anda dapat menentukan sendiri kawasan yang anda ingin tangkap.
  • Capture window [Ctrl+Shift+W] - anda boleh memilih untuk menangkap bahagian yang tertentu sahaja. Fungsi yang amat berguna.
  • Capture active windows [Ctrl+Shift+A] - menangkap windows yang berada dalam keadaan aktif.

Anda juga boleh meletak sebarang nota tambahan pada imej tersebut, seperti teks, anak panah, dan garisan. Satu kelebihan EasyCapture berbanding perisian screenshot yang lain adalah fungsi tabbed documents, yang membolehkan anda menangkap lebih dai satu imej walaupun imej yang terdahulu belum disimpan lagi.

Dapatkan EasyCapture di sini.

Popularity: 9% [?]

Entri berkaitan

Komen

Komen dari NoktahHitam
Masa: January 18, 2008 pada 8:12 pm

huih.. penting2 ni. slalu paste dlm photoshop balik.

[Balas komen ini]

Komen dari rightbrainer
Masa: January 18, 2008 pada 11:24 pm

yup2, photoshop’s the best for graphic editing, but not always the most efficient when it comes to small task like screenshot ^^

[Balas komen ini]

Komen dari NoktahHitam
Masa: January 18, 2008 pada 11:58 pm

Agreed.

[Balas komen ini]

Komen dari Affuan
Masa: January 19, 2008 pada 8:51 am

wah, best. tq.

[Balas komen ini]

Komen dari asmid
Masa: January 27, 2008 pada 11:58 am

Nak try cuba dulu. Biasanya gunakan screenshot jer.

thanks…

[Balas komen ini]

Komen dari top0
Masa: February 8, 2008 pada 2:16 am

best2…. hohoho sgt berguna…

[Balas komen ini]

Pingback dari MWSnap: Perisian Screen Capture Mudah Alih | SembangKomputer.Com
Masa: February 25, 2008 pada 3:44 am

[...] ini saya ada membuat reviu tentang EasyCapture, perisian screen capture percuma pelbagai fungsi. Namun imej yang dihasilkan oleh EasyCapture [...]

Pingback dari EasyCapture - Perisian mengambil screenshot untuk blogger
Masa: May 5, 2008 pada 4:56 am

[...] pada saudara MK dari Sembang Komputer. Rupanya dari blog dia, huhu, pelupanya aku..Terima kasih [...]

Berikan komen