Sekat Iklan Dalam Laman Web Menggunakan Opera

Dalam Opera, terdapat fungsi yang mudah untuk menyekat iklan yang terpapar di laman web dan blog. Dalam kata lain, iklan tersebut tidak dipaparkan langsung dalam pelayar web, sekaligus membolehkan anda melayar web dengan lebih pantas serta menjimatkan bandwith.

Sebenarnya saya sendiri tak kisah sangat kalau terpaksa menunggu seketika untuk iklan ini dipaparkan. Namun, ada sesetengah iklan yang tidak sesuai dipertontonkan di khalayak ramai. Contohnya pagi ini saya melawat KOSMO! Online dan terdapat iklan yang mengeluarkan bunyi pontianak berulang kali. Kalau saya buka laman web ni kat pejabat, tak ke haru jadinya.

Cara-cara nak menyekat iklan dalam laman web

Dengan cara ini, anda boleh menyekat iklan atau apa-apa media lain dalam Opera:

  1. Klik kanan dalam Opera (pastikan anda tidak klik pada imej atau pautan, tapi klik pada ruang kosong ataupun teks).
  2. Pilih Block Content.
    sekat-iklan-laman-web-01
  3. Klik pada iklan yang anda ingin sembunyikan. Iklan yang telah disekat akan ditandakan dengan Blocked Content.
    sekat-iklan-laman-web-02
  4. Klik pada butang Done.

Opera akan menyimpan maklumat mengenai penyedia iklan tersebut, ini bermaknya iklan yang sama akan turut disembunyikan pada laman web yang lain.

Masukkan penyedia iklan secara manual

Anda juga boleh memasukkan penyedia iklan secara manual:

  1. Klik kanan dalam Opera (pastikan anda tidak klik pada imej atau pautan, tapi klik pada ruang kosong ataupun teks).
  2. Pilih Block Content.
    sekat-iklan-laman-web-01
  3. Klik pada butang Details.
    sekat-iklan-laman-web-03
  4. Klik pada butang Add…, dan masukkan URL penyedia iklan. Setelah selesai, klik OK.
    sekat-iklan-laman-web-04
  5. Klik Done.

26 thoughts on “Sekat Iklan Dalam Laman Web Menggunakan Opera

  1. lama dah x pakai opera, mula2 dulu mmg pakai opera. mmg bagus cuma kurang add-on. x mcm firefox. lepas ni google chorme nk support add-on pulak. pening2 huhu

  2. Biasa admin blog akan elak dari post pasal ni…kalau semua orang block ads cth nuffnang n adsense rugi besar oo…

    btw firefox user can use adblock plus :)

    • @spali, Opera Turbo ni berguna bagi yang internet connection nye sangat2 slow.. macam guna dial up. Kalau perasan, kualiti imej yang keluar pun kurang sedikit. Nanti saya buat entrik khas pasal Opera Turbo ni.

      p/s: Tak guna Opera Turbo pun, ada cara untuk layari internet laju gunakan Opera, saya cerita nanti.

  3. Pingback: Opera – Halang Imej Untuk Lajukan Internet « Sembang Komputer

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong> <pre lang="" line="" escaped="" highlight="">