Syukur ke hadrat Ilahi kerana kita masih diberi kesempatan untuk merasai satu lagi Ramadhan, bulan yang penuh keberkatan. Siapa tahu, mungkin Ramadhan kali ini adalah yang terakhir buat saya, mungkin juga buat anda.
Gunakanlah peluang yang datang hanya sekali dalam setahun ini untuk berubah. Kalau sebelum ni kita jarang puasa, berazamlah untuk puasa penuh. Kalau sebelum ni kita liat nak solat, cuba-cubalah cukupkan lima waktu. Kalau sebelum ni Al-Quran tu hampir tak bersentuh, bacalah barang sehelai dua setiap hari. Di waktu-waktu senggang, basah-basahkankan lidah dengan selawat.
Tak susah pun, kan? Hanya sedekahkan beberapa minit dari 24 jam kita. Dah la pahala dapat berlipat kali ganda, rugi betul kalau tak buat.
Bulan Ramadhan ni juga membantu kita meninggalkan perkara yang buruk. Buangkan mengumpat, banyakkan berzikir. Buangkan amarah, banyakkan istighfar. Buangkan rokok, banyakkan makan kurma ^_^. Lagipun rokok dah naik harga.
Semoga Ramadhan berlalu dengan lambat, agar dapat kita nikmatinya sepuas-puasnya. Dan apabila ia berakhir, semoga kita menjadi seorang insan yang lebih baik.
Selamat menyambut Ramadhan MK. =)
@takenaga: salam Ramadhan ^_^
baik ustaz MK (-:
@MU: sejak bile lak aku jadi ustaz, haha
selamat berpuasa mk :D
Entri terkini sootspirit: It isn’t that serious tho~
@sootspirit: slamat berpuasa gak Kak Izi :)
slamat berpuasa..
Entri terkini melayubuntu: Masa untuk mendalami dan menggunakan Scribus
@melayubuntu: salam Ramashan..
Selamat menjalani ibadah puasa MK.
Baguih betul saling mengingati antara
satu sama lain. :)
@Eriyza: Salam Ramdhan juga Kak Eiyza.. jangan ponteng puasa tau ^^