Selain Enso Launcher, Enso Words adalah merupakan satu lagi barisan produk yang dikeluarkan oleh Humanized. Perisian ini dibina bertujuan untuk memudahkan kerja-kerja menaip. Antara fungsi-fungsi yang ditawarkan oleh Enso Words ialah:

  • Spellcheck: Menyemak ejaan. Namun pada masa ini hanya Bahasa Inggeris sahaja yang disokong.
  • Define: Memberi makna perkataan.
  • Thesaurus: Memberi perkataan yang sama erti.
  • Word count: Mengira jumlah perkataan.
  • Character count: Mengira jumlah huruf.
  • Upper Case: Tukarkan ayat/perkataan kepada huruf besar.
  • Lower Case: Tukarkan ayat/perkataan kepada huruf besar.


Cara penggunaan Enso Words adalah sama seperti Enso Launcher. Anda hanya perlu highlight perkataan dari mana-mana aplikasi (Notepad, YM, laman web dsb), tekan Caps Lock dan masukkan arahan.

Bafi fungsi Spellcheck, satu window baru akan dibuka, dan perkataan yang salah akan ditandakan dengan warna kuning. Klik pada perkataan tersebut untuk mendapatkan ejaan yang betul. Setelah siap menyemak ejaan, masukkan arahan Done pada Enso.

Saya berharap pihak Humanized akan memasukkan fungsi auto-complete pula pada Enso Words ini. Sambil menaip, Enso Words boleh memaparkan cadangan perkataan secara drop-down. Dan alangkah baik jika Bahasa Melayu turut disokong ^^

Related Posts with Thumbnails

Tags: , ,

11 Responses


  1. Azhar Ahmad on 12 Feb 2008

    Hummm… ada tak yang bahasa melayu punya… selain Dewan Eja

    • Muhammad Khairul on 13 Feb 2008

      Azhar Ahmad » um, saya pun tak jumpa lagi setakat ni… mungkin untuk enso ni, kalau kita sendiri boleh tambah support untuk BM, bagus gak…

    • zin81 on 25 Jun 2009

      Saya baru beli Semak Eja perisian Carikata e-kamus dari Amaniz Management. Harga lagi murah dari dewan eja, dan interface memang menarik. Cuma suara bahasa melayu belum 100% lagi:( http://www.amanizcarikata.com

  2. Aisyah on 14 Feb 2008

    aha! Just what I’m looking for. a spell checker. nak cari la. huhu

    • Muhammad Khairul on 14 Feb 2008

      Aisyah » tinyspell pun ok gak, for a spell checker. aha, idea untuk menulis sat reviu ^^

  3. ImamKhalid on 16 Feb 2008

    Kena mintak bahagian ICT DBP tolong buatkan versi Bahasa Melayu untuk check spelling nih. Ntah tahun biler agaknya boleh dapat… Ko buatlah krol, boleh buat duit ape… Mintak projek ngan DBP ker….

    • Muhammad Khairul on 16 Feb 2008

      ImamKhalid » erk, btul2… haha… masalahnye aku ni pemalas. hehe, insyaAllah nanti…

  4. nurul firzana on 12 Jan 2009

    ape lah orang mintak makna kategori……….

  5. pizzo on 12 Mar 2009

    Tu lah pasalnya. Konon nak martabatkan Bahasa Melayu. Kamus & Teasurus online macam Dictionary.com pun tarak, martabat hape. Dari segi tu sahaja dah nampak kedudukan BM dalam zaman kini. Camno?

  6. Sutera rendek on 20 Jul 2009

    Saya nak kongsi di sini bahawa perisian Dewan Eja adalah keluaran syarikat Cina dan bukan kepunyaan DBP seperti yang disangkakan. Berhati-hatilah kawan-kawan.

  7. sina on 11 Sep 2009

    mane nak dapat kamus BM-BI dan perkataan sama erti


Leave your comment