Semak Ejaan Dan Cari Makna Perkataan Dengan Enso Words
Selain Enso Launcher, Enso Words adalah merupakan satu lagi barisan produk yang dikeluarkan oleh Humanized. Perisian ini dibina bertujuan untuk memudahkan kerja-kerja menaip. Antara fungsi-fungsi yang ditawarkan oleh Enso Words ialah:
- Spellcheck: Menyemak ejaan. Namun pada masa ini hanya Bahasa Inggeris sahaja yang disokong.
- Define: Memberi makna perkataan.
- Thesaurus: Memberi perkataan yang sama erti.
- Word count: Mengira jumlah perkataan.
- Character count: Mengira jumlah huruf.
- Upper Case: Tukarkan ayat/perkataan kepada huruf besar.
- Lower Case: Tukarkan ayat/perkataan kepada huruf besar.
Cara penggunaan Enso Words adalah sama seperti Enso Launcher. Anda hanya perlu highlight perkataan dari mana-mana aplikasi (Notepad, YM, laman web dsb), tekan Caps Lock dan masukkan arahan.

Bafi fungsi Spellcheck, satu window baru akan dibuka, dan perkataan yang salah akan ditandakan dengan warna kuning. Klik pada perkataan tersebut untuk mendapatkan ejaan yang betul. Setelah siap menyemak ejaan, masukkan arahan Done pada Enso.
Saya berharap pihak Humanized akan memasukkan fungsi auto-complete pula pada Enso Words ini. Sambil menaip, Enso Words boleh memaparkan cadangan perkataan secara drop-down. Dan alangkah baik jika Bahasa Melayu turut disokong ^^
Popularity: 10% [?]
Entri berkaitan
Komen
Komen dari Azhar Ahmad
Masa: February 12, 2008 pada 7:07 pm
Hummm… ada tak yang bahasa melayu punya… selain Dewan Eja
Komen dari Aisyah
Masa: February 14, 2008 pada 4:02 pm
aha! Just what I’m looking for. a spell checker. nak cari la. huhu
February 14th, 2008 at 4:30 pm
Aisyah » tinyspell pun ok gak, for a spell checker. aha, idea untuk menulis sat reviu ^^
Komen dari ImamKhalid
Masa: February 16, 2008 pada 2:19 am
Kena mintak bahagian ICT DBP tolong buatkan versi Bahasa Melayu untuk check spelling nih. Ntah tahun biler agaknya boleh dapat… Ko buatlah krol, boleh buat duit ape… Mintak projek ngan DBP ker….
February 16th, 2008 at 3:56 am
ImamKhalid » erk, btul2… haha… masalahnye aku ni pemalas. hehe, insyaAllah nanti…
February 13th, 2008 at 12:31 am
Azhar Ahmad » um, saya pun tak jumpa lagi setakat ni… mungkin untuk enso ni, kalau kita sendiri boleh tambah support untuk BM, bagus gak…