Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih terhadap semua pembaca Sembang Komputer. Baru malam semalam saya meletakkan entri untuk mencari penaja bagi blog ini. Pagi esoknya sahaja, saya sudah mendapat sehingga lima emel dari individu yang ingin memberi sumbangan.
Oleh kerana individu-individu ini tidak menyatakan berapa jumlah yang dimasukkan, saya biarkan sahaja tawaran ini dibuka. Terkejut saya apabila melihat akaun Maybank saya sudahpun bertambah sebanyak RM 400.
Terima kasih kepada Eida, Spatt, dan Firdee kerana menyumbang. Cepat betul mereka memberi emel kepada saya. Ini mesti pembaca setia Sembang Komputer ni :)
Tak lupa juga kepada Lelaki Kacak dan Kakak Yang Baik. Kedua-dua individu ini tidak ingin dikenali, walaupun mereka memberi sumbangan yang paling banyak. Malah, mereka tidak mahu pun pautan mereka disiarkan di blog ini. Buat baik senyap-senyap, kata mereka. Hanya Allah saja dapat membalas jasa kalian.
Sewaktu artikel ini ditulis, Najib, Amir, Fauzi, Life4Hire, NoktahHitam, Tuan, Zul, Zariel, Mr Am, dan Catzer turut menawarkan untuk memberi sumbangan. Saya kira sudah cukuplah saya menerima bantuan, kerana dengan RM 400 yang saya terima ni pun dah cukup untuk menampung kos hosting selama 3 tahun.
Ada juga yang memberi cadangan supaya saya bertukar syarikat hosting. Tapi buat sekarang, saya membuat keputusan untuk kekal di DataKL terlebih dahulu.
Namun bagi sesiapa yang ingin meletakkan pautan ke laman web mereka di blog ini, tawaran yang sama masih dibuka. Tempat adalah terhad.
Terima kasih semua. Kepada yang menyumbang, kepada yang prihatin, kepada yang rajin singgah di blog ini setiap hari. Saya terharu ni, nak nangis kejap, boleh? Huhu.
hoho…orang kaya baru nii…muakkakka..aku ngan eddie baru ingat nak sponsor ko tp nak amik hak pengiklanan kat blog ko…jahat tak kitorang? MUAHAHHAHAHAHA
@Yam, kaya la sangat.. huhu. Korang lambat sket je, sebab yang sponsor ni suma emel pagi2.. terkesima aku sebentar.
ooooooooo….rm 400 tu
campo cek nuffnang kak jie baru terima dah leh ganti hp kak jie yg demam kura-kura…
@|1f34|-|1r3 > KM ada ilmu kebal jurus ke-7
dpt tangkis serangan2 bola-bola api ….:)
:)
GO SK GO!
@Kak Jie, waa macam banyak je cek nuffnang yang Kak Jie dapat tu. Anyway Kak Jie, thanks!
pergh… leh lanje ngeteh mamak ni bro.. hehe.. gurau je.. thanks pada penderma.. lagi2 pada 2 hamba Allah yg sungguh humble itu.. salute untuk anda..
Cayalah. Lepas ni kalau aku free aku buatkan theme yg sesuai utk SK.
ps: DataKL best hosting provider setakat aku tahu.
wah…custom theme dari eddie khas tuk SK. hoho..
@Eddie, waa tema kaseh la kalau nak tolong buatkan. Aku pun sedang cuba merajinkan diri belajo design2 ni. Kalau rajin la, huhuh.
sumbangan yg tak seberapa jika nak dibandingkan dengan ilmu yg saya dapat disini…SK perlu terus hidup :)
@firdee, SK akan terus hidup, insyaAllah, dengan sokongan setiap pembaca, walaupun kecil… =)
baru nak donate tadi. sekali dah cukup la plaks. ahaks
anything in future, just email me ok. hehe :)
@KNizam, okeh, roger that
Alamak, akak terlewat sudah.
Apa pun, semoga MK terus maju jaya. :)
@Kak Eriyza, tema kaseh kak ^_^
blog nie memang bagus..
tak terkejut la kalau ramai yang membantu..
teruskan memberi ilmu bro…
@menteil, tema kaseh atas sokongan. Teruskan menyokong! Hehe.
betul cakap menteil.. blog ni memang bagus. saya baru dapat tau semalam je yg MK perlukan bantuan.. nanti kalau ada apa-apa kesulitan,bagitau la. insyaAllah kalau boleh tolong, saya tolong :)
bagus!
moga2 Mk dpt teruskan usaha!
selamat bro…
ok la 2.. saya cadangkan saudra jual space iklan kat blog ini untuk tampung kos webhosting, tapi jagn jadikan jadikan sebgai tempat pengiklanan lak nanti pembaca setia lari lak hehe..
@tuan, hmm.. ok gak idea tu. Mungkin nanti saya sediakan sedikit ruang untuk pengiklanan di sidebar :)
Saybas dan tahniah kerana sembang komputer masih hidup.tima kasih pada penderma.Tu je yg aku mampu hehehe
huhu…semoga trus cemerlang…memang banyak ilmu kat sini..
Alhamdulillah. Dengan laman web ini banyak ilmu yang kami dapat dalam hal-hal komputer. Terima kasih
sorry bro..aku br bukak web ko..ingat nak tlg skit..aku terkejut gak kla web ko xde payah la skit aku nak tau pasal IT ni..pehal aku support ko…
Tahniah, semoga terus dapat berkongsi ilmu dengan blogger yang lain. Jangan lupa wat database backup. Banyak ilmu kat sini.
Semoga dengan suntikkan dana, SK akan lebih mantap.Lifehacker M’sian ver. barangkali?Hanya seulit mimpi malam,haha.
Godspeed.
inilah manafaat melakukan kebaikan.. :)
…saya ingin juga hulur kan sumbangan, tapi alhamdulilah sudah ada lebih peruntukan. Moga laman Sembang Komputer.com terus hidup
Mekasih kepada para penyumbang….dapat memastikan laman ini terus hidup. Harapnya dapat memberi lebih semangat kpd Bro MK utk terus kendalikan laman ini.
Pingback: Mencari Penaja Untuk Sembang Komputer | Sembang Komputer
Alhamdulillah. Segala kebuntuan dapat diselesaikan. Terima kasih kepada mereka yang membantu untuk terus menghidupkan Sembang Komputer.
MK, tahniah!
huhu..bestnya MK hidup kembali…
sorry tak dapat sumbang ape2 utk MK walaupun antara org2 yang awal baca post MK sebelum ni…
teruskan usaha MK dalam memberi ilmu..
moga Allah sahaja dapat membalasnya…
hidup MK!!
alhamdulillah bro..
memang kalo kita buat baik, senang dapat kawan :)
Assalamuallaikum…. Alhaamdulillah.. MK
Terima Kasih, teruskan menghidupkan Sembang Komputer.
Erk. terlmbat ako. baru aje nak menderma sket. apepun terimas kat kengkawan lain sbb bantu Sembang Komputer.
Terima kasih pada semua yang komen, dan memberi sokongan. Lepas ni kena rajin lagi la update SK neh.. huhu.
@MK, ilmu yg dicurah takkan habis MK…makin bertambah ada lah…saya respek la kat anda-anda semua (blogger2 IT malaysia) yang umur masih muda dari saya tapi ilmu komputer dah banyak dan boleh dikongsi dengan ramai orang…teruskan berkongsi ilmu :)
@firdee, ye. Orang kata, makin kita mengajar, makin kita murah ilmu baru masuk. InsyaAllah… :)
Tahniah Mk. Web nie dah kembali bernafas. Sorrry x dpt nk beri ape2 sumbangan. Just dapat tolong promote web nie kat member-member.
Syabas
@Ismael Zaharee, terima kasih sebab tolong promote. Rajin2 la promote lagi ye, hehe.
alhamdulillah, selesai satu masalah…
@Eida, terima kasih Eida :)
Selesai masalah anda.. Bila ada yg sudi membantu.. Kelak anda pulak yang membantu.. :D
teruskan curahkn ilmu!
Fuh. Sudah punya penaja persendirian. Jadi, SK harus terus ke hadapan, sebab pengikut setia pun dah makin ramai. Syabas!
aku bagi sumbangan komen. hehe.
Semoga SK terus berada disini…banyak ilmu yang boleh dipelajari dari sini.
Ya! hidup SK..
bnyk2kan lah lagi ilmu untuk dipelajari keyh.!
Saya mencadangkan agar theme blog ni ditukarkan ke theme yang lebih pro..barulah orang nak letak iklan..just my opinion :)
saya baru buka web ni 2 hari lepas,terus bookmark,thanks sebab banyak ilmu komputer yang berguna
* sembang computer memang terbest.. walau pon tidak mengenali siapa punya tuan.. hahaha.. kalau sudi kenali aYiie.. sya menghargainya.. sekian..*
Pingback: Pertandingan Membuat Video Reviu Di Sembang Komputer | Sembang Komputer