SembangKomputer.com Dengan Wajah Baru

theme-baru

Sebenarnya dah lama dah saya nak tukar theme di SembangKomputer.com. Theme Daleri yang lama tu agak kusam dan membosankan. Jadi, dah sampai masanya saya berikan wajah baru pada blog ini agar tampak lebih ceria dan menawan ^^

Theme baru ni namanya Firebug, hasil kerja Jai dari Blog Oh! Blog. Saya sukakan penggunaan warna dan latar belakangnya yang kemas. Theme ini mempunyai dua kolum di bahagian sidebar, manakala bahagian komen pula disediakan dengan Gravatar. Gravatar membolehkan gambar anda dipaparkan pada ruangan komen di bawah. Daftar Gravatar di sini.

Oleh kerana di bahagian sidebar ada disediakan ruangan iklan, sesiapa yang ingin beriklan di SembangKomputer.com boleh hubungi saya.

Apa pendapat anda tentang theme baru ni? Saya harap ia dapat memberikan lebih keselesaan dan memudahkan kefahaman. Dan sebagai petanda untuk SembangKomputer.com terus maju. Ok, sampai di sini sahaja, assalamualaikum…

25 thoughts on “SembangKomputer.com Dengan Wajah Baru

  1. Tahniah!!! Design baru ni nampak lebih elok dan mudah untuk baca artikel. Lebih menarik dan nampak kemas berbanding theme-theme yang dulu.

    Tapi kalau boleh, buat apa-apa untuk mengasingkan right pane dengan center. Kadang-kadang mengganggu bila tengah baca. Idea or komen saja :P

    • @AbangSenior: Menarik dan kemas ye.. terima kasih..
      Um, nak asingkan right pane dan center ek. saya kena mahir CSS lak macam ni.. nanti saya tengok kan ^^

  2. Tidak dinafikan hasil kerja Jai dalam mereka bentuk themes memang menarik….saya suka themes ni…berikan saya maklumat untuk iklan tu yer….

  3. nak tanya, ada cpu ni bila on lampu dekat monitor dia ijau jap,pastu nek oren… monitor gulap.. apa masaalah dia ek?
    tlg bantu saya.. pertolongan anda amat d hargai.. huhuhu

  4. Salam..MK..aku adew try wat ko nyer muke depan website..aku bubuh logo design aku sendiri gak..aku da hantaq kat email ko..harap tak la teruk sgt..hehehehe…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong> <pre lang="" line="" escaped="" highlight="">