Sembunyikan Scan, Update, dan Iklan dalam Avira Antivir

Avira Antivir adalah merupakan perisian Antivirus percuma yang terbaik. Saya sendiri menggunakan Antivirus ini bagi memberi perlindungan asas kepada komputer. Namun, satu perkara yang agak menjengkelkan ialah iklan popup Antivir Premium Edition yang muncul setiap hari. Mujurlah gHacks ada cara penyelesaiannya untuk membuang iklan ini, serta cara – cara untuk menyembunyikan paparan scan dan update.

Sekiranya anda seorang yang leceh dan berkira seperti saya (T_T”), mari ikuti langkah – langkah di bawah:

Menyembunyikan Scan dan Update dalam Antivir:

  1. Buka Avira Antivir dan pergi kepada tab Scheduler. Perhatikan bahawa terdapat dua tugas di situ, iaitu Complete System Scan dan Daily Update.
    avira-disable-00
  2. Untuk menyembunyikan Scan, right-click pada Complete System Scan dan pilih Edit job. Teruskan klik pada butang Next sehingga anda berjumpa dengan Display mode. Di sini, tetapkan ia kepada Invisible. Klik butang Finish.
    avira-disable-01
  3. Untuk menyembunyikan Update pula, ulang langkah 2 pada Daily Update.

Menyembunyikan iklan dalam Antivir:

  1. Buka folder Antivir PersonalEdition Classic yang terletak dalam Program Files. Right-click pada fail avnotify.exe dan pilih Properties.
  2. Pergi kepada tab Security dan pilih akaun anda. Tandakan Deny pada kotak Read & Execute.
    avira-disable-02

* Jika anda tak jumpa tab Security, buka Folder Option dan pergi ke tab View. Uncheck (buang tanda) pada kotak Use simple file sharing (Recommended) tan klik butang OK.

18 thoughts on “Sembunyikan Scan, Update, dan Iklan dalam Avira Antivir

  1. tapi avira punye license ni abih bln 5 kan??? aku nye avira ni tulis license die abih bln 5 dan license akan dipanjangkan secara automatik selama 4 minggu selepas license tu dah tamat….
    So lepas license tu dah abih.. nak kena beli ke avira nih…

  2. aku nak uninstall avira tapi x leh..nape erk??bermacam2 cara aku try process smpi stgh jer komp aku trus shutdown..aku try guna revo pun x leh gak..menyampah aku tgk avira ni..cam nak pijak jer..sbb bkn aku yg install..

  3. kot-kot komputer awak dah tertanam virus yang lebih hebat drpd avira kot.ke rajin sgt surfing kat XXX ,wuakakakakakaka ,kalo nak aman drpd virus guna la UBUNTU ,pasti dijamin HALAL ,tiada istilah cetak rompak

  4. tolong sy mcm mane nk delete antivirus?? coz slame ni sy gune AVIRA, tp sy nk tuka kpd kaspersky… help…

  5. aku dl pun ada masalah jgk nk buang avira.. aku format pc sndri je..selesai masalah.. ala bljar fomat kat sini pn bleh..sng je. X pyh buang duit anta kt kedai..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong> <pre lang="" line="" escaped="" highlight="">