SembangKomputer.com

Tips - tips komputer, perisian, dan Internet

Skip to: Content | Sidebar | Footer

Sembunyikan dan Lindungi Fail dan Folder Anda

31 January, 2008 (22:04) | Tips Windows, Virus/Malware | Oleh: MK

Artikel ini membincangkan:

  • Apakah itu encryption
  • Cara-cara menggunakan TrueCrypt

Terdapat beberapa sebab mengapa anda harus  menyembunyikan folder ada atau melindunginya daripada dibuka oleh orang lain. Contohnya mungkin anda ada koleksi gambar peribadi, atau mungkin anda mempunyai fail - fail syarikat yang tidak boleh didedahkan kepada orang lain. Cara yang paling bagus untuk melindungi fail dan folder anda adalah dengan menggunakan encyption.

Apa itu encryption?

Secara ringkas, encryption menyelerakkan struktur sesuatu fail supaya tidak dapat dibaca oleh orang lain.

Pihak ketiga yang cuba membuka fail yang telah melalui proses encryption tidak akan dapat memahami kandungan di dalam fail tersebut. Untuk menjadikan fail ini boleh dibaca semula, ia haruslah melalui decryption, iaitu menyusun semula fail tadi agar boleh dibaca. Hanya orang yang mempunyai key (contohnya kata laluan) dibenarkan untuk melakukan proses decryption ini.

Cara-cara Menggunakan TrueCrypt

Di sini saya ingin tunjukkan cara-cara untuk menggunakan TrueCrypt, sebuah perisian encryption yang terbaik. Dengan TrueCrypt, anda dapat membuat satu drive tersembunyi untuk meletakkan segala maklumat - maklumat sulit anda.

Muat turun dan TrueCrypt dari sini dan pasang perisian tersebut. Buka TrueCrypt. Ikuti langkah - langkah berikut:

  • Perkara pertama anda harus buat ialah menetapkan satu tempat baru untuk menyimpan fail - fail sulit anda. Untuk ini, tekan pada butang “Create Volume”
  • Satu tetingkap “TrueCrypt Volume Creation Wizard” akan terpapar. Biarkan pilihan biasa, iaitu “Create a standard TrueCrypt volume” dan tekan butang Next
  • Pada paparan seterusnya, klik pada butang “Select File”. Di sini anda perlu membuat nama fail yang akan digunakan untuk menyimpan fail - fail sulit anda. Sebagai contoh, saya namakan fail saya sebagai “Fail Sulit”. Klik pada butang Save. Kemudian klik pada butang Next.
  • Di sini anda dikehendaki memilih kaedah ecryption. Biarkan pilihan yang biasa dan tekan butang Next.
  • Anda dikehendaki menetapkan saiz bagi direktori sulit anda. Di sini saya tetapkan 1000 MB yang bermakna direktori sulit saya mempunyai had sebanyak 1 GB.
  • Seterusnya, tetapkan kata laluan. Hanya orang yang mempunyai kata laluan boleh memasuki dan menggunakan direktori sulit ini.
  • Sebelum format bermula, anda boleh menggerak-gerakkan tetikus supaya proses encyption menjadi lebih rawak. Jika anda tak faham, tekan je butang Format. Tunggu sehingga proses format selesai.
  • Setelah proses format selesai, tekan butang Exit.

Kini anda telah berjaya membuat direktori sulit anda. Bagaimana nak menggunakannya? Begini caranya:

  • Buka TrueCrypt. Pilih mana - mana drive untuk meletakkan direktori anda. Klik pada butang “Select File” dan pilih fail yang anda buat tadi.
  • Klik pada butang Mount.
  • Masukkan kata laluan.
  • Berdasarkan contoh, direktori saya telah diletakkan pada drive I:. Jika saya membuka drive I: dari My Computer, saya bole meletakkan fail - fail yang ingin saya sembunyikan. Untuk menyembunyikan kembali direktori ini, klik pada butang Dismount.

Siap! Gunakanlah ilmu ini dengan sebaik-baiknya. Jangan sembunyikan fail pornografi sudah ;p

Muat turun TrueCrypt di sini.

Popularity: 17% [?]

Entri berkaitan

Komen

Komen dari nyari duit di internet
Masa: February 1, 2008 pada 2:18 am

wah, bagus juga nih ya …
bisa buat protek folder

[Balas komen ini]

Komen dari Azhar Ahmad
Masa: February 1, 2008 pada 5:41 am

Saya dah serik buat ginih. Lupa password. Hahahahha

[Balas komen ini]

Komen dari zuriaf
Masa: February 1, 2008 pada 7:41 am

aku lebih suka menggunakan aplikasi folder lock…lebih senang sebab file tu pun tak akan dapat dibuka oleh sesapa sebab dah di-hidden-kan secara automatik…

apa kata kau cuba review pasal folder lock lak…

[Balas komen ini]

Komen dari SembangKomputer.Com
Masa: February 1, 2008 pada 11:39 am

nyari duit di internet: bisa2.. hee. selamat datang ke SembagKomputer.Com!

azhar: ish, part tu memang tak bleh tolong.. ^^

zuriaf: um, saya pun pernah dengar pasal Folder Lock ni. nanti saya akan buat review, insyaAllah..

[Balas komen ini]

Komen dari adi setiadi/cibaduyut
Masa: February 12, 2008 pada 3:20 am

g’mana cara menyembunyikan folder/fail yang sangat mudah dan tidak berbelit-belit, oh iya yang sulit dibuka oleh orang lain dan tidak terkena virus. thank….

[Balas komen ini]

Muhammad Khairul Membalas:

adi setiadi/cibaduyut » lihat di sini

Pingback dari FolderLock: Lagi Perisian Untuk Sembunyikan Folder Anda | SembangKomputer.Com
Masa: February 25, 2008 pada 3:57 am

[...] Zuriaf ada meminta saya untuk menulis tentang perisian FolderLock yang berfungsi meletakkan kata laluan pada folder agar tidak boleh diakses oleh orang lain. Sebenarnya saya cuba elakkan untuk menulis perisian shareware (berbayar) dalam blog ini, tapi takpelah sebab kita nak buat perbandingan antara Folder Lock dan TrueCrypt. [...]

Komen dari Idrisamien
Masa: March 20, 2008 pada 8:40 pm

sekarang udah ada truecrypt v. 5.01

Idrisamien’s last blog post..Tips Merawat Flah Disk

[Balas komen ini]

Berikan komen