virtual-box-ico Sewaktu saya menggunakan VMWare, saya terpaksa menggunakan pen drive untuk berkongsi fail antara host system dan guest system. Proses ini sangat leceh kerana saya terpaksa eject pen drive dari host system terlebih dahulu, barulah masuk ke guest system dan cucuk semula pen drive. Walaupun leceh, inilah satu-satunya cara untuk berkongsi fail antara OS asal dan virtual machine pada masa itu.

Dalam VirtualBox, terdapat fungsi yang lebih mudah yang dipanggil Shared Folder. Fungsi ini membolehkan guest system membuka terus folder yang terdapat dalam host system. Ianya sama sahaja dengan perkongsian fail antara dua komputer dalam satu network.

Untuk menggunakan fungsi ini, terlebih dahulu pastikan VirtualBox Guest Additions telah dipasang dalam virtual machine anda.

Untuk menambah folder yang ingin dikongsi, ikuti langkah-langkah berikut:

  1. Jika virtual machine anda telah dihidupkan, pergi kepada menu Device > Shared Folder…
    vbox-share-01
  2. Tekan butang Insert untuk menambah folder baru.
    vbox-share-02
  3. Pada bahagian Folder Path…, pilih Other… dan browse ke folder yang ingin dikongsi. Klik OK.
    vbox-share-03
  4. Folder yang anda tambah akan tersenarai. Klik OK.
    vbox-share-04

Seterusnya, anda harus pastikan folder ini dapat dibuka dari virtual machine:

Jika guest system anda adalah Windows, gunakan arahan ini di command prompt. Gantikan sharename dengan nama folder tadi.
net use x: \\vboxsvr\sharename

Jika guest system anda adalah Linux, gunakan arahan ini di terminal. Gantikan sharename dengan nama folder tadi, dan mountpoint dengan path di mana folder tersebut akan diakses.
mount -t vboxsf [-o OPTIONS] sharename mountpoint

Related Posts with Thumbnails

Tags: , ,

9 Responses


  1. hafizashaari on 20 Sep 2008

    rasenyer first time dngar tntang virtualbox nih..

    • ain on 13 Apr 2009

      rase’ye sye pun bwu dgr hehe……..

  2. Harith on 21 Sep 2008

    ko patut try hafizashaari, bagus dan banyak kegunaan apabila ko nak belajar2 sesuatu sistem operasi yang lain ;)

  3. Fahmi on 21 Sep 2008

    selalu orang guna VirtualBOx ni dalam Linux cam Ubuntu untuk jalankan Windows dalam Ubuntu tanpa perlu boot…tapi kurang laju sikit le…

  4. semak on 22 Sep 2008

    kalau dah ada ubuntu ngn window cam ne pulak?

  5. Jezzboyz on 17 Oct 2008

    assalamualaikum..
    boleh x korang bantu aku tuk menyiapkan tugsan aku nie.. aku xtaw cam ner nak amik gambar2 semasa menggunakan virtual box nie. aku nak amik gambar semasa setup windows..
    minta tolong…

  6. nazir on 21 Feb 2009

    utk linux saya cuba tak berjaya dia kuar “mount: only root can do that”. Mcm mana nak buat ni?

  7. ain on 13 Apr 2009

    mehh ajar ain wat virtualbox


Leave your comment