Dalam Opera, selain dari membuat carian pada kotak yang di sebelah kanan tu, anda juga boleh membuat carian terus dari address bar. Hanya taipkan g diikuti dengan perkataan yang anda ingin cari, dan tekan Enter. Contohnya, jika anda taip ”g tempeh”, Opera akan membawa anda ke laman Google dengan hasil carian tempe.

opera-search-00

Selain shortcut g untuk Google, terdapat juga shortcut lain seperti w untuk Wikipedia. Jadi, kalau saya taip “w tempeh” pada address bar, Opera akan terus membawa saya kepada laman Wikipedia yang memaparkan maklumat mengenai tempeh.

Senarai Shortcut Bagi Enjin Carian

Anda boleh lihat senarai penuh shortcut untuk enjin carian melalui Preferences (Ctrl+F12) > Search.

opera-search-01

Tetapkan Shortcut Carian Anda Sendiri

Anda juga boleh menetapkan shortcut anda sendiri, dari mana-mana laman web yang anda mahu. Sebagai contoh, saya mahu tetapkan shortcut yang akan membuat carian khusus ke atas entri-entri di Sembang Komputer. Hanya klik kanan pada kotak carian di laman web tersebut, dan pilih Create Search…

opera-search-02

Kemudian, tetapkan keyword yang akan berfungsi sebagai shortcut key. Di sini, saya telah tetapkan m sebagai keyword. Ini bermakna, sekiranya saya memasukkan “m buat blog” ke dalam address bar, saya akan terus dibawa ke halaman Sembang Komputer yang memaparkan hasil carian untuk “buat blog”.

Related Posts with Thumbnails

Tags: ,

6 Responses


  1. [...] anda pengguna Opera, anda juga boleh menetapkan Definr kepada satu shortcut agar mudah untuk mencari apa-apa perkataan, terus dari address [...]

  2. aeropama dot com on 20 Aug 2008

    aku lebih suka pakai firefox. tapi kalau nak tengok web dgn lbh cantik, aku suka pakai safari. opera aku tak berapa minat…

  3. ImamKhalid on 22 Aug 2008

    Bila agaknya firefox nak buat camni gak? Macam best jer aku tengok

    • MK on 26 Aug 2008

      @ImamKhalid: tu la, Opera ni banyak sangat function built-in yang memudahkan navigasi dan produktiviti. Firefox lak banyak extension. mungkin ada kot extension kat Firefox yang boleh tambah fungsi search macam kat Opera ni

  4. Mr din on 02 Sep 2008

    Hai semekum knpa bla aq in guna opermin gagal smbungn apa sbb dia pwen.Tlng tnjuk ajar

  5. [...] gabungan keyword bagi enjin carian tertentu, contohnya W untuk membuat carian menggunakan [...]


Leave your comment