Saya kini mempunyai 59 buah akaun di laman-laman web yang berlainan. Tidak kesemua akaun-akaun tersebut mempunyai user name yang sama. Password juga berbeza-beza bagi setiap akaun bagi memastikan sekuriti. Adalah mustahil bagi saya untuk mengingati kesemua user name dan password ini.
Saya pasti keadaan ini juga berlaku kepada anda, di mana anda perlu mengingati akaun untuk e-mel, forum, laman download, dan macam-macam lagi. Sesetengah dari anda mungkin memilih untuk menggunakan password yang sama bagi semua akaun. Cara ni memang mudah, tetapi bahaya kerana jika salah satu dari akaun anda berjaya digodam, kesemua akaun yang lain juga turut dapat diceroboh.
PassPack adalah perisian yang menggunakan encyption untuk menyimpan maklumat mengenai akaun-akaun anda. Apabila anda mula-mula memasuki PassPack, anda perlu memasukkan satu password utama yang akan digunakan untuk mengenalpasti diri anda. Kemudian, anda boleh memasukkan seberapa banyak user name dan password yang perlu. Apabila PassPack ditutup, ia akan menjalankan proses encryption ke atas semua maklumat tersebut agar tidak dapat dibaca oleh orang lain.
Saiz PassPack yang amat kecil menjadikannya sesuai untuk dibawa bersama pen drive. Anda cuma perlu memasukkan fail passpack.exe dan passpack ke dalam pen drive anda untuk dibawa bersama.

Dapatkan PassPack di laman web DS Software.
Aku dah mula guna perisian ini.
Terima kasih.
Informasi yang sangat berguna!
most welcome, KNB ^^