password

Sekarang ni, kebanyakan laman web yang anda gunakan memerlukan anda log-in terlebih dahulu. Samada nak baca e-mail di GMail, nak update status di Twitter, ataupun nak hantar cerita ke Negaraku; semuanya memerlukan anda memasukkan username dan password terlebih dahulu. Bukan ini saja, malah anda pastinya mempunyai berpuluh-puluh lagi akaun yang lain.

Oleh kerana kita ni merupakan makhluk yang pelupa, biasanya kita akan menggunakan password yang sama bagi semua akaun, betul tak? Cara ini memang menyenangkan, tapi cuba bayangkan jika seseorang dapat mencuri password anda. Hanya curi satu password sahaja, dia akan dapat akses kepada semua akaun-akun anda yang lain. Habis dibacanya mesej-mesej sulit dalam GMail anda, profile MySpace anda diporak-perandakan, blog anda dirosakkan, dan sebagainya.

Untuk mengatasi masalah ini, anda haruslah menggunakan satu software untuk menguruskan password, seperti PwSafe dan KeePass. Software ini akan menyimpan password bagi akaun-akaun Internet anda supaya anda tak akan lupa. Software ini juga haruslah berkebolehan untuk mencipta password yang rumit agar tidak mudah digodam oleh orang lain.

Gunakan software ini untuk akaun-akaun yang penting, terutamanya e-mail yang mengandungi banyak maklumat-maklumat yang sensitif. Bagi akaun-akaun yang lain, yang jarang anda pakai, guna password yang biasa pun tak mengapa.

Related Posts with Thumbnails

Tags:

15 Responses


  1. saifullahism on 13 Nov 2008

    thanks for da info bro…….

  2. Hisyam on 13 Nov 2008

    ada tak software untuk reveal password dialup streamyx. selalu pakai router auto connect tapi router rosak pulak kena tukar baru, lepas tu lupa lagi password. malas nak call streamyx customer service da

    • MK on 13 Nov 2008

      @Hisyam: cuba salah satu dari software dari Nirsoft

  3. Kujie on 13 Nov 2008

    Saya da 2 akaun – utk urusan formal dan utk suka suki
    ada 3 pw…hehehe..dok ulang guna yang tu je
    mmg pelupa..selalunya detail2 mcm tu sy save dlm notepad je

    • MK on 13 Nov 2008

      @Kujie: asalkan jangan fail notepad tu terlepas kat orang lain dah la kak jie ^^

  4. Apiz on 13 Nov 2008

    aku ni banyak akaun tp tu la.. klu da lame x gne, mesti lupe…

  5. plbddungun on 14 Nov 2008

    Menarik blog anda….banyak ilmu yang saya perolehi disini terima kasih dan halalkan ilmu yang telah saya tatap dan perolehi…….Salam

    • MK on 15 Nov 2008

      @plbddungun: insyaAllah.. terima kasih ^^

  6. [...] entri yang lepas, saya ada menekankan tentang kepentingan password dalam urusan Internet anda. Password bagi akaun yang penting (contohny e-mail) haruslah unik dan sukar diteka. Bagi mengingati [...]

  7. Dinz on 17 Nov 2008

    Hmm…gus gak software nie…hehehehe..nak try laa

  8. matzon on 15 Jan 2009

    sy nak tanya sikit la..
    apa perbezaan antara NTFS dan FAT…
    dan apakah fungsinya

    • MK on 24 Jan 2009

      @matzon secara ringkas, NTFS ni lebih baru dari FAT, jadi ianya lebih bagus sebab menyokong fail lebih besar, compression, dan lain-lain.

  9. sedar on 10 Feb 2009

    kebanyakan pengodam mempunyai cara tersendiri
    biasalah cipta manusia memang ada kelemahan

  10. eryna on 27 Apr 2009

    apa perbezaan ntfs dengan fat?

  11. [...] bagi akaun-akaun Internet anda. Seperti yang telah saya tulis sebelum ini, anda dinasihatkan supaya menggunakan password yang berlainan pada setiap akaun bagi tujuan [...]


Leave your comment