
Dalam banyak-banyak limpahan distro Linux, Slax adalah kegemaran saya. Ini kerana Slax bersaiz kecil, pantas, serta mempunyai UI yang menarik. Bukan itu sahaja, ia boleh dimuatkan di dalam pen drive anda dan bawa ke mana sahaja!
Walaupun bersaiz kecil, Slax telah dimuatkan dengan pelbagai software untuk kegunaan harian anda, seperti Gqview untuk melihat imej, Vim sebagai text editor, ISO Master untuk menguruskan fail ISO, dan banyak lagi. Slax sesuai digunakan sebagai recovery tool, contohnya jika anda ingin mengambil fail-fail penting dalam komputer di saat Windows anda rosak dan tak boleh nak dibuka.
Slax boleh didapati dalam dua bentuk, iaitu bentuk ISO untuk dimuatkan ke dalam CD, dan bentuk TAR untuk dimasukkan ke dalam CD anda. Untuk fail ISO, dowload sahaja seperti biasa dan burn fail ISO tersebut ke dalam CD. Bagi fail jenis TAR pula, ikuti langkah-langkah mudah berikut untuk memasukkan Linux anda ke dalam pen drive:
Cara-cara Nak Install Slax Di Dalam Pen Drive
- Download Slax dalam betuk TAR.
- Extract fail Zip tersebut ke dalam pen drive anda (gunakan 7zip).
- Setelah selesai extract, akan terdapat dua folder dalam pen drive anda, iaitu boot dan slax. Buka folder boot dan double-click pada fail bootinst.bat. Fail ini akan menjadikan Linux tersebut boleh dilancarkan melalui pen drive.
Setelah selesai, anda sudah boleh menggunakan Slax anda. Untuk melancarkan OS ini dari pen drive anda, pastikan boot sequence bagi PC telah ditetapkan terlebih dahulu supaya ia membenarkan komputer boot dari USB. Dapatkan Slax di sini.
best gak ada linux dlm pendrive ni.dia x rosak pendrive ke.nak buat jugak la nanti.TQ
chefs last blog post..Cooking Southern Fried Chicken
@chef: tak rosak eh.. try le.. ^^
kalau guna unitbootin lagi senangkan.sy dh try banyak OS linux.install dlm pendrive guna unitbootin
Nak extract file .tar tu kena pakai 7-zip saja ka? Kalau tak ada 7-zip nak download kat mana? Timo kasih.
@Malayforever: boleh gunakan apa-apa software zip yang support fail jenis .tar. 7zip boleh dapatkan dari http://www.7-zip.org
menarik gak Slax ni..
lagi cantik dr damn small linux..
bro, ada tak cara nak install ubuntu dlm external drive??
cencorot_91s last blog post..Amazing video by blublu.org
@cencorot_91: um, kalau tak silap, install cam biasa je la, asalkan BIOS boleh detect USB external drive tu je.
lawa plak interface linus ni ek :)
KNizams last blog post..Care For Date Palm Bears Fruit at Malaysia Land !
nice info.. i’m downloading slax.. tq bro..
ermmm sebelum nie pakcik guna DSL (damm small linux) je dalam pendrive.. lepas nie boleh try SLAX plak. tq for da info
Uncle Gs last blog post..Kini Aku Berubah
Dari dulu lagi aku nak try linux. Tp malangnye aku tak pernah reti camne nak install software dlm tu. Segale jenis driver lg.. aduh. Aku sebagai wakil warge tue, menyerahkan tugas2 ini kepada remaje mude belia utk mendalami mende2 camnie. Thumbs Up.
Sgt cantik die punye UI. Photoshop + Dreamweaver ade tak?
NoktahHitams last blog post..Zarina Ann Julie, Seksi pon Nak Kecoh?
@NoktahHitam: baik, remaja tue…
Photoshop masih dalam development utk dimasukkan ke dalam Linux.. Dreamweaver takde la. yang Open Source, NVU ada la utk web editor..
untuk muslim better guna UBUNTUME (muslimedition) great OS sekali ngan grafik 3D desktop. byk accesory muslim firefox dengan waktu solatnya.perisian pembelajaran Al-Qur’an dan ………. best for free
antivirus freeware apa eak yg plg bagus skg ni???
@qai de la rocha: Avira Antivir
salam saya nak tahu cara2 nak format external hardisk. kalau blh bantu sy jap…
@mata: sama je macam format hard disk/partition biasa. awak right click pada partition dan pilih format
[Setelah selesai, anda sudah boleh menggunakan Slax anda. Untuk melancarkan OS ini dari pen drive anda, pastikan boot sequence bagi PC telah ditetapkan terlebih dahulu supaya ia membenarkan komputer boot dari USB] macam mane nak pastikan boot sequence tu?
[Setelah selesai, anda sudah boleh menggunakan Slax anda. Untuk melancarkan OS ini dari pen drive anda, pastikan boot sequence bagi PC telah ditetapkan terlebih dahulu supaya ia membenarkan komputer boot dari USB] mcm mane nak pastikan boot sequence tu?
@bt3: awak tengok kat BIOS untuk PC awak, pergi kat bahagian boot sequence
thanx da dpt dh
gua dah try install kt pendrive gua tp bile gua boot bios x detect any os dlm pendrive…gua dah seting boot sequence bagi PC supaya ia membenarkan komputer boot dari USB tp x bleh ar…
@zaqqey: hmm.. mesti ada yang tak kena ni. cuba matikan dulu fungsi boot dari device lain kat BIOS, biar dia boot dari USB je. ini untuk memastikan samada boleh boot tak dari pen drive tu. kalau tak boleh gak, mungkin motherboard tak support kot.
gua dah double-click pada fail bootinst.bat,pastu dier mcm nih:-
=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=
Welcome to Slax boot installer
=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=
This installer will setup disk F: to boot only Slax.
Warning! Master Boot Record (MBR) of the device F: will be over
If F: is a partition on the same disk drive like your Windows i
then your Windows will not boot anymore. Be careful!
Press any key to continue, or kill this window [x] to abort…
then dier kluar mcm nih:-
Setting up boot record for F:, wait please…
The system cannot find the path specified.
Disk F: should be bootable now. Installation finished.
Read the information above and then press any key to exit…
soalan nyer nape gue x leh boot from pendrive…
@zaqqey:
kalau kat PC aku, dia kuar camni:
Setting up boot record for E:, wait please…
Disk E: should be bootable now. Installation finished.
Read the information above and then press any key to exit…
takde pun “The system cannot find the path specified” cam ko tu. macam ada tak kena je kat situ
MK,saya dah buat cara di atas menggunakan pendrive,boot sequence saya tetapkan usb saya je,tapi bila boot je dia keluar “boot failure reboot and select proper boot device or insert boot media in selected boot device press any key when ready”. camne boleh jadi camni?? tolong bantu….
errr, motherboard tak support tu camne ye ,camne nak bagi dia support??
saya dah cuba download dan boot guna cd tapi ada masalah tak boleh boot dan error. kali ni nak cuba guna pendrive pulak. boleh bagitahu berapa saiz pendrive yang diperlukan untuk install wubi?
saya dah cuba download dan boot guna cd tapi ada masalah tak boleh boot dan error. kali ni nak cuba guna pendrive pulak. boleh bagitahu berapa saiz pendrive yang diperlukan untuk install SLAX?
untuk Slax, pen drive 256 MB dah cukup.
salam..
MK..nak tanye..
aku dah download file SLAX ni..
pas 2 dah extarct mengunakan WINRAR…
pastu dah click kat bootinst.bat…
tp bila nak boot…
dia akan kuar..DISK ERROR..
knp erk…
MK..boleh tak kita install software2 lain ke dalam OS slax ni. tq
@Badrul, kalau software2 Linux tu boleh la.
oo..maksudnye x leh lah masuk software lain seperti corel Draw ke dlm Slax (USB Slax)?.. TQ MK
yang ISO 2 kena extarct dl ke.. atau burn zip 2 terus.. atau burn dua folder hasil extarct 2 je..??? camne MK..
upz!! xpa bro.. sy dh faham.. bleh bat dh.. sesuatu yg brguna.. tq
MK.. pendrive utk slax 2 bleh guna utk isi barang lain x??
@Alibaba, boleh je takde masalah..
thanks atas tips nih… tp tok versi ubutu ada tak??
[...] seperti Slax, anda boleh memasukkan Ubuntu ke dalam pen drive dan terus menggunakannya. Apa yang anda perlukan [...]
Sy punye kuar error partition corrupted..
Apakah format file system pada pendrive itu..?
eh kalu extact xpe ke???
nape aqu xblh nak extract fail,aqu copy xper ke???
slm MK…software2 windows boleh tak install dkt dlm ubuntu/linux?klu boleh mcm mne?cth mcm apple kn boleh gune perisian tertntu untuk instal software windows kedlm mac..ubuntu boleh x?
[...] juga jika anda ingin menjalankan sistem pengoperasian dari USB drive (Slax misalnya), boot sequence yang pertama haruslah ditetapkan kepada kepada [...]
MK…
BIOS saya tiada command utk boot USB drive..
yg ada hanya utk boot network adapter, CD drive,Hard drive dan floppy drive…
mcm mana nak boot melalui USB tu?