SembangKomputer.com

Tips - tips komputer, perisian, dan Internet

Skip to: Content | Sidebar | Footer

Slax - Bawa Linux Di Dalam Poket Anda

25 May, 2008 (05:35) | Linux | Oleh: MK

slax

Dalam banyak-banyak limpahan distro Linux, Slax adalah kegemaran saya. Ini kerana Slax bersaiz kecil, pantas, serta mempunyai UI yang menarik. Bukan itu sahaja, ia boleh dimuatkan di dalam pen drive anda dan bawa ke mana sahaja!

Walaupun bersaiz kecil, Slax telah dimuatkan dengan pelbagai software untuk kegunaan harian anda, seperti Gqview untuk melihat imej, Vim sebagai text editor, ISO Master untuk menguruskan fail ISO, dan banyak lagi. Slax sesuai digunakan sebagai recovery tool, contohnya jika anda ingin mengambil fail-fail penting dalam komputer di saat Windows anda rosak dan tak boleh nak dibuka.

Slax boleh didapati dalam dua bentuk, iaitu bentuk ISO untuk dimuatkan ke dalam CD, dan bentuk TAR untuk dimasukkan ke dalam CD anda. Untuk fail ISO, dowload sahaja seperti biasa dan burn fail ISO tersebut ke dalam CD. Bagi fail jenis TAR pula, ikuti langkah-langkah mudah berikut untuk memasukkan Linux anda ke dalam pen drive:

Cara-cara Nak Install Slax Di Dalam Pen Drive

  1. Download Slax dalam betuk TAR.
  2. Extract fail Zip tersebut ke dalam pen drive anda (gunakan 7zip).
  3. Setelah selesai extract, akan terdapat dua folder dalam pen drive anda, iaitu boot dan slax. Buka folder boot dan double-click pada fail bootinst.bat. Fail ini akan menjadikan Linux tersebut boleh dilancarkan melalui pen drive.

Setelah selesai, anda sudah boleh menggunakan Slax anda. Untuk melancarkan OS ini dari pen drive anda, pastikan boot sequence bagi PC telah ditetapkan terlebih dahulu supaya ia membenarkan komputer boot dari USB. Dapatkan Slax di sini.

Popularity: 31% [?]

Entri berkaitan

Komen

Komen dari chef
Masa: May 25, 2008 pada 6:43 am

best gak ada linux dlm pendrive ni.dia x rosak pendrive ke.nak buat jugak la nanti.TQ

chefs last blog post..Cooking Southern Fried Chicken

[Balas komen ini]

Muhammad Khairul Membalas:

@chef: tak rosak eh.. try le.. ^^

Komen dari Malayforever
Masa: May 25, 2008 pada 9:19 am

Nak extract file .tar tu kena pakai 7-zip saja ka? Kalau tak ada 7-zip nak download kat mana? Timo kasih.

[Balas komen ini]

Muhammad Khairul Membalas:

@Malayforever: boleh gunakan apa-apa software zip yang support fail jenis .tar. 7zip boleh dapatkan dari http://www.7-zip.org

Komen dari cencorot_91
Masa: May 25, 2008 pada 12:47 pm

menarik gak Slax ni..
lagi cantik dr damn small linux..

bro, ada tak cara nak install ubuntu dlm external drive??

cencorot_91s last blog post..Amazing video by blublu.org

[Balas komen ini]

Muhammad Khairul Membalas:

@cencorot_91: um, kalau tak silap, install cam biasa je la, asalkan BIOS boleh detect USB external drive tu je.

Komen dari KNizam
Masa: May 25, 2008 pada 1:34 pm

lawa plak interface linus ni ek :)

KNizams last blog post..Care For Date Palm Bears Fruit at Malaysia Land !

[Balas komen ini]

Komen dari apis17
Masa: May 25, 2008 pada 7:28 pm

nice info.. i’m downloading slax.. tq bro..

[Balas komen ini]

Komen dari Uncle G
Masa: May 26, 2008 pada 1:33 pm

ermmm sebelum nie pakcik guna DSL (damm small linux) je dalam pendrive.. lepas nie boleh try SLAX plak. tq for da info

Uncle Gs last blog post..Kini Aku Berubah

[Balas komen ini]

Komen dari NoktahHitam
Masa: May 27, 2008 pada 1:38 am

Dari dulu lagi aku nak try linux. Tp malangnye aku tak pernah reti camne nak install software dlm tu. Segale jenis driver lg.. aduh. Aku sebagai wakil warge tue, menyerahkan tugas2 ini kepada remaje mude belia utk mendalami mende2 camnie. Thumbs Up.

Sgt cantik die punye UI. Photoshop + Dreamweaver ade tak?

NoktahHitams last blog post..Zarina Ann Julie, Seksi pon Nak Kecoh?

[Balas komen ini]

Muhammad Khairul Membalas:

@NoktahHitam: baik, remaja tue…

Photoshop masih dalam development utk dimasukkan ke dalam Linux.. Dreamweaver takde la. yang Open Source, NVU ada la utk web editor..

Komen dari ambless
Masa: May 28, 2008 pada 7:05 pm

untuk muslim better guna UBUNTUME (muslimedition) great OS sekali ngan grafik 3D desktop. byk accesory muslim firefox dengan waktu solatnya.perisian pembelajaran Al-Qur’an dan ………. best for free

[Balas komen ini]

Komen dari qai de la rocha
Masa: May 31, 2008 pada 12:38 pm

antivirus freeware apa eak yg plg bagus skg ni???

[Balas komen ini]

Muhammad Khairul Membalas:

@qai de la rocha: Avira Antivir

Komen dari mata
Masa: August 11, 2008 pada 8:35 am

salam saya nak tahu cara2 nak format external hardisk. kalau blh bantu sy jap…

[Balas komen ini]

MK Membalas:

@mata: sama je macam format hard disk/partition biasa. awak right click pada partition dan pilih format

Komen dari bt3
Masa: August 23, 2008 pada 2:44 pm

[Setelah selesai, anda sudah boleh menggunakan Slax anda. Untuk melancarkan OS ini dari pen drive anda, pastikan boot sequence bagi PC telah ditetapkan terlebih dahulu supaya ia membenarkan komputer boot dari USB] macam mane nak pastikan boot sequence tu?

[Balas komen ini]

Komen dari bt3
Masa: August 23, 2008 pada 2:47 pm

[Setelah selesai, anda sudah boleh menggunakan Slax anda. Untuk melancarkan OS ini dari pen drive anda, pastikan boot sequence bagi PC telah ditetapkan terlebih dahulu supaya ia membenarkan komputer boot dari USB] mcm mane nak pastikan boot sequence tu?

[Balas komen ini]

MK Membalas:

@bt3: awak tengok kat BIOS untuk PC awak, pergi kat bahagian boot sequence

bt3 Membalas:

thanx da dpt dh

Komen dari zaqqey
Masa: September 26, 2008 pada 11:35 pm

gua dah try install kt pendrive gua tp bile gua boot bios x detect any os dlm pendrive…gua dah seting boot sequence bagi PC supaya ia membenarkan komputer boot dari USB tp x bleh ar…

[Balas komen ini]

MK Membalas:

@zaqqey: hmm.. mesti ada yang tak kena ni. cuba matikan dulu fungsi boot dari device lain kat BIOS, biar dia boot dari USB je. ini untuk memastikan samada boleh boot tak dari pen drive tu. kalau tak boleh gak, mungkin motherboard tak support kot.

Komen dari zaqqey
Masa: September 26, 2008 pada 11:43 pm

gua dah double-click pada fail bootinst.bat,pastu dier mcm nih:-
=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=
Welcome to Slax boot installer
=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=

This installer will setup disk F: to boot only Slax.

Warning! Master Boot Record (MBR) of the device F: will be over
If F: is a partition on the same disk drive like your Windows i
then your Windows will not boot anymore. Be careful!

Press any key to continue, or kill this window [x] to abort…

then dier kluar mcm nih:-
Setting up boot record for F:, wait please…
The system cannot find the path specified.
Disk F: should be bootable now. Installation finished.

Read the information above and then press any key to exit…

soalan nyer nape gue x leh boot from pendrive…

[Balas komen ini]

MK Membalas:

@zaqqey:
kalau kat PC aku, dia kuar camni:

Setting up boot record for E:, wait please…
Disk E: should be bootable now. Installation finished.

Read the information above and then press any key to exit…

takde pun “The system cannot find the path specified” cam ko tu. macam ada tak kena je kat situ

Komen dari poknbv
Masa: November 10, 2008 pada 9:08 pm

MK,saya dah buat cara di atas menggunakan pendrive,boot sequence saya tetapkan usb saya je,tapi bila boot je dia keluar “boot failure reboot and select proper boot device or insert boot media in selected boot device press any key when ready”. camne boleh jadi camni?? tolong bantu….

[Balas komen ini]

Komen dari poknbv
Masa: November 10, 2008 pada 11:00 pm

errr, motherboard tak support tu camne ye ,camne nak bagi dia support??

[Balas komen ini]

Berikan komen