twitter-gladlycast

Antara fungsi yang menjadikan Twitter popular adalah kebolehan menghantar tweet terus menggunakan SMS. Fungsi ini berguna apabila anda tidak berada di hadapan komputer. Jadi walaupun anda sedang berada di luar, anda masih boleh mengemaskini status anda, membuat sebarang liputan, ataupun menghantar apa sahaja yang terlintas di dalam kepala, terus kepada Twitter.

Walau bagaimanapun, tidak semua nombor di Malaysia dapat digunakan untuk menghantar SMS kepada Twitter. Perkara ini pastinya mengecewakan sebilangan pengguna Twitter tempatan. Namun begitu, anda masih boleh menghantar tweet menggunakan SMS, melalui gladlyCast.

gladlyCast

gladlyCast adalah sebuah aplikasi Twitter yang membolehkan semua nombor dari Malaysia dan Singapura untuk mengemaskini status Twitter mereka. Anda hanya perlu pergi ke laman web gladlyCast, dan log masuk menggunakan akaun Twitter anda. gladlyCast seterusnya akan memberikan arahan bagaimana anda boleh menghubungkan nombor telefon bimbit dengan akaun Twitter.

Setelah diaktifkan, anda boleh terus menghantar tweet dengan menghantar SMS ke +60 12 795 9876. Setiap SMS akan dicaj mengikut kadar biasa. Seperti apa yang anda lihat, gladlyCast menggunakan nombor Maxis. Jadi bagi para pengguna Maxis, anda boleh mendaftar nombor gladlyCast itu tadi ke dalam senarai Activ10, supaya setiap tweet yang dihantar hanya menggunakan 1 sen kredit sahaja.

[via icednyior]

Related Posts with Thumbnails

Tags: , ,

28 Responses


  1. megat on 27 Aug 2009

    terima kasih MK atas info tersebut, bakal dipanjangkan di blog aku.

    sebenarnya servis macam nilah yang kau cari untuk kelab pengguna nokia 3100 ha3

    • MK on 28 Aug 2009

      @megat: Ternyata walaupun handset kuno, kita masih mampu mengikuti perkembangan teknologi… hahaha.

      • pau on 15 Sep 2009

        @MK, mintak tolong nak tanya pasal twitter ni…boleh tak xplain aku tak paham lah hehhehehhe tapi tengok menarik jugak benda ni

  2. NoktahHitam on 28 Aug 2009

    Kemaskini = update? Woot! Sluggish when it comes to technical terms in Malay!

    • MK on 28 Aug 2009

      @NoktahHitam: Baik guna update kan, kat tajuk? Argh, tukar sekarang! Huhu.

  3. More Gizmo! on 28 Aug 2009

    mantap..aku nak try gak..tp mana ko tahu dia guna maxis? hehe..mana tahu dia dah portkan nombor tuh pegi Celcom ke? ekekkekekee

    • MK on 28 Aug 2009

      @More Gizmo!: Kalau guna Celcom lagi bagus, jimat kredit aku, haha. Tapi gladlyCast ni memang guna Maxis.

  4. Eriyza on 28 Aug 2009

    Hohoho!
    Guna Maxis kaa??
    Chantekkk!!! :)

    • MK on 28 Aug 2009

      @Eriyza: Pengguna Maxis la ni ye, untung la, huhu.

  5. syin on 28 Aug 2009

    haha..best gak nmpk…[tapi jarang update twitter].. wei MK, saya nk minta kbenaran nk ambik artikel dlm blog ni…bkn semua la…yg mnarik minat saya je..[jgn bimbang,krdt akan diletak]… yg YM tu mcmmana? xde pun.. try add skali lagi..

    • MK on 28 Aug 2009

      @syin: asalkan ko letak kredit, takpe la. YM dah add, cuba tengok balik.

  6. Najib Hassan on 28 Aug 2009

    cantik~! terima kasih untuk info yang berguna nih~!!

    • MK on 28 Aug 2009

      @Najib Hassan: memang best untuk pengguna Twitter kan, sama2.. :)

  7. alone on 28 Aug 2009

    Servis camnila yang dicari2. Best sikit nak update. Trimas SK! =)

  8. Fatin Pauzi on 28 Aug 2009

    Great! Sangat memudahkan kerja. Thanks for sharing the info. ;)

  9. safar on 28 Aug 2009

    kalau macam ni.boleh saya perkenal pada kawan-kawan berjauhan.
    agaknya PM najib tahu tak fungsi ini.

  10. [...] Ya saudara Khairul telah mengkhabarkan berkenaan topik tersebut di dalam blognya yang diberi tajuk, Gladlycast – Update Twitter Menggunakan SMS [...]

  11. ejam on 29 Aug 2009

    tq utk info nie, sy dh cuba gunakan servis nie, sungguh cepat update.
    so skrg nie lebih mudah nk update twitter.

  12. Saffa on 29 Aug 2009

    Haha. sekarang jugak Saffa daftar!

  13. adib. on 30 Aug 2009

    adib dah daftar dan guna..sgt sesuai untuk kita….

    aku pakai NOKIA1112, hg pon nnt akan suka dgn service nih…try la..

    tgk kat twitter aku twitter.com/flowerbunkus

  14. adib. on 30 Aug 2009

    best wehh…td aku dah post comment tp tak kuar pon….

    twitter.com/flowerbunkus

    untuk mereka yg menggunakan nokia1112 mcam aku sgt best..

  15. mohdisa on 01 Sep 2009

    wah dah banyak tersebar benda ni, aku perlu register jugalah jawabnya ni. hehe

  16. taz on 01 Sep 2009

    bestnye nak try :)

  17. [...] dari gladlyCast membolehkan anda update Twitter menggunakan SMS. Baru-baru ini, mereka telah menambah satu lagi fungsi baru iaitu penghantaran direct message (DM) [...]

  18. [...] Namun saya lebih gemar update Twitter di laman web sebenar, kerana ia lebih pantas, malah boleh digunakan bersama gladlyCast.AKPC_IDS += [...]

  19. Nina on 03 Oct 2009

    yg ni boleh update sahaja? but receive updates boleh jgk x?

  20. Muhamad on 16 Oct 2009

    Kalau nak update Facebook dan Twitter serentak guna 1 SMS, cuba guna MySms88.

    http://ayahanda.org/rahsia/?q=node/18

  21. [...] gambar melalui MMS. Jadi anda tidak memerlukan handphone yang canggih untuk live tweeting, hanya gunakan GladlyCast untuk menghantar tweet biasa, dan img.ly untuk menghantar tweet beserta [...]


Leave your comment