Kebelakangan ini CPU saya selalu berbunyi, sebagai amaran bahawa ianya terlalu panas. Keadaan ini agak merbahaya kerana satu-satu komponen dalam komputer boleh rosak sekiranya suhunya terlalu tinggi. Jadi saya cuba mencari satu software yang dapat memaparkan suhu CPU, agar saya dapat membuat permerhatian dengan mudah.

SpeedFan adalah sebuah software yang dapat melakukan tugas tersebut. Ia dapat mengakses sensor haba pada motherboard anda untuk memaparkan suhu bagi CPU, hard disk, dan sistem komputer anda. Sekiranya suhu satu-satu komponen adalah terlalu tinggi, lambang api akan dipaparkan pada komponen tersebut.

speedfan

Dapatkan SpeedFan di sini.

Nota: SpeedFan adalah sebuah perisian kompleks yang mampu mengubah nilai FSB, kelajuan kipas komputer, dan settings bagi jam. Jauhi fungsi-fungsi ini sekiranya anda tidak berpengalaman.

Related Posts with Thumbnails

Tags: ,

6 Responses


  1. NoktahHitam on 26 Mar 2008

    Cayalah.. tp malangnye laptop aku sentiase panas.

    Lepas ni nak cari Core2 Duo plak. AMD super panas, kebas tangan

    NoktahHitam’s last blog post..Pak Lah Admits Lost To CyberWorld

    • MK on 26 Mar 2008

      NoktahHitam »
      tapi AMD murah dan laju kan.. aku nak buat PC AMD lak pasni..
      tapi er.. 5 tahun lagi gamaknye

  2. Azhar Ahmad on 26 Mar 2008

    Waduhhhh, kok begitu susah instalasinya… My comp enggak data detext…

    Azhar Ahmad’s last blog post..Pertolongan Entah Dari Mana

  3. rusmidi on 24 Sep 2008

    SpeedFan: Ketahui Suhu PC Anda…macam nak dapatkan perisian ini..percuma ka..maaf saya kurang arif dalam bab ini…


Leave your comment