spreeder

Spreeder adalah sebuah laman web yang dapat membantu anda untuk membaca dengan lebih pantas, iaitu menggunakan teknik speed reading. Hanya salin teks ke dalam Spreeder, dan ia akan memaparkan perkataan satu persatu dengan cepat.

Ok, bagi anda yang nak tahu apa itu speed reading dan kelebihannya, baca penerangan ringkas ni (diterjemahkan dan diubah dari prisoner24601 via Digg):

Bagi sesiapa yang tak biasa dengan teknik speed reading, mungkin anda kurang faham mengapa Spreeder menayangkan perkataan satu-persatu lalu anda bertanya, “Apa gunanya semua ni?”

Apabila anda membaca, biasanya anda akan ‘menyebut’ perkataan tersebut di dalam minda. Teknik speed reading ingin mengajar anda supaya TIDAK menyebut perkataan ini supaya anda dapat membaca dengan lebih pantas. Malah, daya kefahaman anda juga akan meningkat dengan membaca menggunakan cara ini.

Spreeder bermula dengan kelajuan yang biasa saja. Latih diri anda dengan meningkatkan kelajuan sedikit demi sedikit, sehingga anda tak perlu lagi ‘menyebut’ perkataan tersebut di dalam minda.

Cuba anda gunakan peralatan Spreeder ini untuk membaca bahan ilmiah (contohnya dari Wikipedia) untuk menguji keberkesanannya. Saya sendiri sudah mula memakai Spreeder untuk membaca artikel-artikel teknologi yang panjang di Internet.

Terlalu banyak yang nak dibaca, namun terlalu sedikit masa. Spreeder mungkin boleh membantu ^^

Related Posts with Thumbnails

Tags: , ,

11 Responses


  1. kita on 30 Jul 2008

    macam-macam ada kat internet ni erk

  2. Dakjaat on 30 Jul 2008

    kalau ni boleh membantu untuk lulus dalam ujian trengkas mmg ramai yang amek ni … akakaka~ ;p

    selamat sejahtera tuan tanah kedaung~ =]

    Entri terkini Dakjaat: Pagi Yang Gelap Kini Sudah Hujan

    • MK on 30 Jul 2008

      @Dakjaat: macam pernah dengar ujian trengkas tu, pe dia ek?

      pe pun, salam sejahtera gak~~~

  3. NoktahHitam on 30 Jul 2008

    aku rase bace mcm tu je lagi laju. kalau ilang2 line atas bawah, aku rase kekok la plak

    Entri terkini NoktahHitam: Cuil – Bad Search Engine Name

    • MK on 30 Jul 2008

      @NoktahHitam: kalau dilatih, bende ni boleh buat kita membaca lebih laju, walaupun tak guna Spreeder. perasan tak sesetengah orang, bila baca, dia akan guna pen atau pembaris atau pa pe lah, untuk tunjuk perkataan tu dengan cepat. cara ni pun dapat melatih kita supaya tak ‘menyebut’ ketika membaca..

  4. aman on 30 Jul 2008

    huhu..aku lagi prefer baca sendiri..tapi teknologi hari ini makin membuatkan kita menjadi malas..haha

    • MK on 30 Jul 2008

      @aman: tak semestinye sebab malas.. untuk produktiviti sebenarnye.. ;)

  5. syarif on 03 Aug 2008

    serok juga blajar speed reading nie yer..
    kena luangkan masa sket ler nampaknya.

  6. ImamKhalid on 03 Aug 2008

    aku nak cuba! :)

  7. azwanhadzree on 13 Aug 2008

    mak aaii ..punya lah laju. is there an offline version?

    • MK on 13 Aug 2008

      @azwanhadzree: save je web page tu. nanti boleh bukak offline


Leave your comment