Baca artikel menarik secara rawak di StumbleUpon

StumbleUpon adalah sebuah laman web yang membolehkan anda menjumpai pelbagai artikel menarik di Internet berdasarkan minat anda. Artikel yang dipaparkan akan dipilih secara rawak berdasarkan topik kegemaran anda.

Cara menggunakan StumbleUpon

Terlebih dahulu anda dikehendaki untuk memilih topik apa yang anda minati. Pelbagai kategori disediakan seperti komputer, seni, jenaka, dan banyak lagi.

Selepas itu anda sudah boleh mula menggunakan StumbleUpon dengan menekan butang Stumble .

Jika anda suka dengan artikel tersebut, anda boleh klik pada butang ‘I like this’. Namun jika artikel yang dipaparkan adalah membosankan, anda boleh klik lagi pada butang ‘Stumble!’ untuk mendapatkan artikel seterusnya.

Pendapat tentang StumbleUpon

StumbleUpon membawakan banyak kelainan daripada laman web seumpamanya seperti Digg, Reddit. Salah satunya adalah pemilihan artikel secara rawak, jadi pengguna StumbleUpon tidak memilih artikel berdasarkan berapa banyak undi atau ‘Like’ yang diterima oleh artikel tersebut.

StumbleUpon juga tidak menyediakan halaman yang menyenaraikan artikel-artikel terkini seperti Digg dan Reddit, sebaliknya mereka terus memaparkan artikel yang sebenar. Ini sangat menggalakkan pengunjung untuk membaca artikel tersebut.

Jika artikel popular di Digg dan Reddit menjadi hangat, ia akan menerima banyak kunjungan. Namun setelah kehangatan itu reda, artikel tersebut akan tenggelam dengan artikel baru. Namun di StumbleUpon, sebuah artikel akan sentiasa mempunyai peluang untuk dilihat oleh pengguna, walau betapa sikitpun ‘Like’ yand diberi.

Sekiranya anda seorang blogger, StumbleUpon juga memberikan trafik yang lebih stabil untuk jangka masa panjang berbanding Digg dan Reddit.

[Laman web: StumbleUpon]

4 thoughts on “Baca artikel menarik secara rawak di StumbleUpon

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong> <pre lang="" line="" escaped="" highlight="">