Picasa 3.5 Kini Boleh Mengecam Wajah Dalam Gambar

Picasa 3.5 kini membawa fungsi pengecaman wajah, dan memudahkan anda untuk mencari gambar berdasarkan nama orang yang berda di dalam gambar tersebut.

Kali pertama anda membuka Picasa (setelah install), ia akan scan kesemua koleksi gambar untuk mengenalpasti wajah-wajah yang terdapat di dalamnya. Kemudian anda boleh berikan nama kepada wajah-wajah tersebut.

Tag nama dalam Picasa

Setelah anda memberikan nama, Picasa akan menyusun wajah-wajah yang sama yang dijumpai.

Jika anda sedang melihat gambar dalam satu-satu folder, anda boleh klik pada tab ‘People’ untuk melihat siapa yang berada di dalamnya. Di sini anda juga boleh tag nama jika ada sesiapa yang tertinggal.

Tag nama dalam Picasa

Melalui ujian saya, kebanyakan tekaan Picasa adalah betul, cuma ada sebilangan kecil sahaja yang silap. Jika ada mana-mana wajah yang telah silap di tag oleh Picasa, anda boleh membuang tag tersebut dengan mudah.

Fungsi lain yang turut diperkenalkan dalam versi 3.5 adalah geo-tagging dengan Google Maps, di mana anda boleh tag gambar berdasarkan lokasi. Fungsi tag, import, dan upload juga telah diberi penambahbaikan.

Nota: Bagi yang tertanya-tanya, lelaki kacak di sebelah saya dalam imej pertama (saya yang pakai baju Melayu merah tu) adalah Qillians87 dan Kill-Vearn.

Nota II: Imej kedua pula dipenuhi dengan gambar-gambar saya, Yash, dan Ryehanna. Yang comel-comel belaka, terima kasih.

18 thoughts on “Picasa 3.5 Kini Boleh Mengecam Wajah Dalam Gambar

  1. yuhuu…teratas.picasa ni memang best.skang ni saya tunggu MK wat review pasal GIMP lak.Bleh kan MK?

  2. picasa mmg bagus as basic software. dalam dok guna Photoshop aku still guna picasa kekadang. setakat nk crop etc malas lak nk buka photoshop.

    *selamat hari raya bro. maaf zahir dan batin ;)

    • @zaryl: Picasa memang excellent dalam bab2 mengurus foto2 ni. Function edit dia pun basic2 je, sesuai la untuk pengguna biasa yang tak berapa reti sangat edit foto (macam aku la :P).

      Selamat hari raya juga, maaf zahir batin.

  3. hoho amboi2 MK saje aje letak gambo aku.. haha.. lain kali buh gambo AK sebelah gambo aku.. erm nice info, baru balik raya penin2 nak ngadap pc.. ades..

    • @Kill-Vearn: Susunan gambar tu automatik la, kalau tak baik aku letak gambar awek2 cun je seperti AK, baru la penuh berseri Sembang Komputer ni.

    • @blowie: Mula2 aku nak letak lelaki gersang. Fikir dua tiga kali, takpe lah, sempenya bulan syawal yang mula ni kan.

  4. haha dak2 kecik ni sume sembang off topic ni..kih3..nasib ko tak tulis ape ko cakap tuh..kalo tak aku akan wat entri khas utk ko..hahaha..(kepale pikir jahat da)…

    ade tak software cam wajah jer terus crop? hahaha

    • @Roslan Nazri: Er, setakat yang aku tahu, takde lak software macam tu. Selalunya kalau face recognition ni web apps je yang ada, atau mungkin Mac nye software, kot.

  5. aku memang pengguna setia Picasa. semua gambar-gambar digital dan video juga di manage oleh picasa. Cuma semenjak guna kamera baru ni, picasa tak boleh baca video HD AVCHD lite.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong> <pre lang="" line="" escaped="" highlight="">