SembangKomputer.com

Tips - tips komputer, perisian, dan Internet

Entri Komen



Buka Fail PDF Dengan Pantas Menggunakan Foxit Reader

28 April, 2008 (07:49) | Perisian | Oleh: MK

Kalau anda selalu download ebook dari Internet, dah tentu anda biasa dengan fail PDF. Format fail dari Adobe ni sangat meluas digunakan kerana saiznya yang kecil. Namun, adakah anda masih menggunakan Adobe Reader untuk membaca fail PDF?

Saya tidak. Ini adalah kerana saiz Adobe Reader yang sangat besar. Untuk download sahaja, failnya dah mencecah 22.2 MB. Adobe Reader bukan sahaja besar, malah lembab dalam membuka fail PDF. Ini kerana ia dipenuhi dengan pelbagai fungsi yang kebanyakannya tidak diperlukan oleh anda.

Bertukarlah kepada Foxit Reader. Saiz Foxit Reader kecil sahaja, iaitu kira-kira 3 MB. Foxit Reader akan membuka fail PDF anda dengan pantas sekali. Anda juga boleh membawa program tersebut di dalam USB Drive, tak perlu install untuk buka Foxit Reader di komputer lain.

Teruskan membaca »

Popularity: 43% [?]

Tags: , ,

Apa itu PDF?

28 April, 2008 (06:57) | Istilah Komputer | Oleh: MK

PDF Tahu tak kenapa fail PDF adalah paling popular digunakan di laman-laman web? Biasanya bila satu-satu laman web menyediakan dokumen yang boleh kita download, ia akan diberi dalam format PDF. Kawan saya pernah tanya, kenapa tak guna format DOC oleh Microsoft Word? Ok, bagi menjawab soalan ini, mari kita tengok apa itu PDF.

pdf-02 PDF (Portable Document Format) adalah satu format fail yang dibina oleh Adobe. Fail PDF biasanya mengandungi teks dan gambar, sama macam fail Microsoft Word. Namun fail PDF ini telah menjadi format utama yang digunakan di Internet, kerana saiznya yang kecil. Bayangkan fail Microsoft Word yang sebesar berpuluh-puluh MB boleh dipadatkan sehingga tidak lebih dari 10 MB sahaja dalam fail PDF. Saiz yang kecil ini akan memudahkan anda download dokumen dari Internet, serta menjimatkan ruang dalam Hard Disk.

Untuk membaca fail PDF, anda perlukan software seperti Adobe Reader ataupun Foxit PDF Reader. Saya cadangkan anda guna Foxit PDF Reader kerana ia lebih pantas.

Teruskan membaca »

Popularity: 40% [?]

Tags: , ,