SembangKomputer.com

Tips - tips komputer, perisian, dan Internet

Entri Komen



Cara-cara Nak Format Hard Disk Dan Install Windows XP

26 April, 2008 (12:54) | Masalah Komputer | Oleh: MK

Format Hard Disk dan install Windows XP ke dalam komputer biasanya dilakukan kerana dua sebab, iaitu:

  • Anda baru sahaja membeli komputer atau hard disk baru, jadi anda perlu memasukkan OS ke dalamnya.
  • Windows anda rosak, hang, atau dijangkiti virus. Dan install kembali Windows XP merupakan jalan terakhir yang terpaksa anda buat suapaya komputer anda kembali berfungsi seperti biasa.

Artikel pada kali ini akan mengajar anda cara-cara untuk format Hard Disk dan install Windows XP ke dalamnya, langkah demi langkah. (Nota: artikel ini dipenuhi dengan gambar rajah, jadi ianya mungkin mengambil sedikit masa untuk dipaparkan). Jika anda ingin cetak artikel ini, download fail pdf ini. Ok, mari kita mula:

Teruskan membaca »

Popularity: 88% [?]

Tags: ,

Install Windows XP Secara Automatik Dengan Unattended Windows

30 March, 2008 (10:59) | Perisian, Tips Windows | Oleh: MK

Sebagai seorang pelajar jurusan komputer, kami seringkali diminta untuk install Windows XP ke dalam PC di bengkel. Namun proses install Windows XP ini biasanya mengambil masa, lebih - lebih lagi pada PC lama.

Jadi, saya telah burn satu CD Windows XP yang akan memasukkan nama, no siri, serta menetapkan tarikh dan masa secara automatik. Dengan ini, saya hanya perlu format hard disk dan tetapkan saiz partition sahaja manakala proses yang selebihnya akan diuruskan oleh Windows. Saya tidak perlu lagi tunggu di hadapan komputer untuk menekan butang Next satu - persatu. Kaedah ini dipanggil sebagai Unattended Windows Installation.

Untuk membuat CD ini, anda boleh menggunakan software nLite. Download dan install nLite, dan ikuti langkah - langkah berikut:

Teruskan membaca »

Popularity: 60% [?]

Tags: , ,

Install Windows pada Laptop dan Hard Disk SATA?

8 January, 2008 (06:04) | Masalah Komputer, Perisian | Oleh: MK

Masalah selalu berlaku jika anda ingin reinstall Windows XP dalam laptop, apabila hard disk tidak dapat dikesan oleh Windows. Ini berlaku kerana laptop kini biasanya mempunyai hard disk jenis SATA. Untuk install Windows dalam hard disk SATA, anda haruslah mempunyai driver SATA tersebut, yang selalunya dibekalkan bersama disket. Jika laptop anda tidak mempunyai tempat untuk disket, anda haruslah menggunakan cara “Slipstream”.

Dengan slipstream, anda boleh memasukkan driver SATA anda ke dalam CD supaya CD Windows tersebut akan mengesan hard disk anda secara automatik, sewaktu proses install Windows. Berikut saya tunjukkan cara untuk slipstream CD Windows menggunakan nLite. Dapatkan nLite di sini.

Teruskan membaca »

Popularity: 43% [?]

Tags: ,