Waidakmy ada bertanyakan tentang 7 perisian yang paling saya gemari. Hmm.. Sebagai penggila software, tujuh pastinya bilangan yang terlalu sedikit! Tapi saya tetap cuba untuk senaraikan perisian-perisian yang paling berguna buat saya, dan saya yakin ianya juga berguna buat anda. Jadi, di sini saya persembahkan tujuh perisian yang perlu anda miliki:
Opera
[http://www.opera.com/] [Review]

Pembaca setia SembangKomputer.com dah tentu tahu akan obsesi saya terhadap Opera. Oleh kerana 70% dari masa komputer saya dihabiskan dengan melayari Internet, saya perlukan sebuah web browser yang berkuasa. Opera merupakan web browser yang pantas, bersaiz kecil, serta tidak menggunakan banyak memori. Malah, Opera juga berfungsi sebagai klien emel saya.
Satu keistimewaan Opera yang paling unik ialah, ianya mempunyai segala macam shortcut yang yang mampu menjadikan penggunaan Internet harian anda jauh lebih mudah. Jika anda mengambil sedikit masa untuk membiasakan diri dengan pelbagai shortcut ini, sudah tentu Opera akan menjadi web browser yang terpantas di dunia untuk anda.
Launchy
[http://www.launchy.net/] [Review]

Terdapat berpuluh-puluh program yang terdapat di dalam komputer saya, macam mana nak ingat semua? Dengan Launchy, saya tak perlu fikir di mana program itu berada. Saya juga tak perlu tercari-cari di mana letaknya program tersebut di dalam Start Menu.Dengan Launchy, saya hanya perlu taip nama program tersebut dan ia akan dilancarkan secara serta-merta. Satu software yang pastinya akan menjadikan hari anda lebih cekap dan efisien!
FreeCommander
[http://www.freecommander.com/] [Review]

Walau berapa banyak folder yang terdapat di dalam komputer saya, hanya tujuh buah folder sahaja yang kerap digunakan. Dalam FreeCommander, saya tetapkan ketujuh-tujuh folder ini kepada shortcut key agar saya dapat membukanya dengan sekelip mata.Fungsi dual-pane dalam FreeCommander juga menjadikan operasi copy dan paste menjadi sangat mudah. Tanpa software dual-pane explorer seperti FreeCommander, hidup komputer saya pastinya lebih melecehkan.
Teruskan membaca »
Popularity: 52% [?]
Tags:
pilihan