Sembang Komputer

Tips - tips komputer, perisian, dan Internet

Skip to: Content | Sidebar | Footer

Tag: produktiviti

Direct Folder: Buka Folder Kegemaran Anda Dalam Open/Save Dialog

1 April, 2008 (02:05) | Perisian | By: MK

Setiap kali anda download fail dari Internet, anda akan diminta menyatakan folder untuk menyimpan fail tersebut. Bagi saya, biasanya saya akan menyimpan fail-fail ini dalam folder khas. Contohnya, fail muzik akan diletakkan ke dalam folder "E:\Downloads\Music". Bagi memudahkan saya membuka folder tersebut dalam Open/Save Dialog, saya gunakan Direct Folder.
Direct Folder membolehkan anda mengakses folder [...]

Cari Teks Dalam Firefox dan Opera

27 March, 2008 (08:25) | Firefox, Opera | By: MK

Dalam entri ringkas ini, saya akan menerangkan cara-cara untuk mencari teks dengan mudah dalam Firefox dan Opera.
Cara Nak Cari Teks Dalam Firefox

Tekan Ctrl + F dan taipkan perkataan yang anda ingin cari. Firefox akan highlight perkataan yang pertama dijumpai, secara automatik.
Tekan Ctrl + G untuk pergi kepada perkataan yang seterusnya.

Cara Nak Cari Teks Dalam Opera

Tekan [...]

Semak Ejaan Dan Cari Makna Perkataan Dengan Enso Words

12 February, 2008 (04:51) | Perisian | By: MK

Selain Enso Launcher, Enso Words adalah merupakan satu lagi barisan produk yang dikeluarkan oleh Humanized. Perisian ini dibina bertujuan untuk memudahkan kerja-kerja menaip. Antara fungsi-fungsi yang ditawarkan oleh Enso Words ialah:

Spellcheck: Menyemak ejaan. Namun pada masa ini hanya Bahasa Inggeris sahaja yang disokong.
Define: Memberi makna perkataan.
Thesaurus: Memberi perkataan yang sama erti.
Word count: Mengira jumlah perkataan.
Character [...]

Enso Launcher, Lebih Baik Dari Launchy?

11 February, 2008 (06:27) | Perisian | By: MK

Setelah menggunakan Launchy, sukar untuk saya meninggalkannya kerana ia telah membantu saya menggunakan komputer dengan lebih pantas. Namun, nampaknya kini Launchy ada pesaing yang berpotensi.

Memperkenalkan Enso Launcher, application launcher yang dihasilkan oleh Humanized. Beberapa ciri-ciri yang membuatkan ianya unik adalah seperti:

Anda harus hold (tekan, jangan lepas) Caps Lock untuk melancarkan Enso. Apabila anda lepaskan Caps Lock, Enso akan melancarkan program yang ditaip.
Anda boleh menetapkan arahan sendiri untuk [...]

5 Cara Untuk Menaip Dengan Lebih Pantas

6 February, 2008 (17:55) | Perisian | By: MK

Anda selalu menaip? Jika ya, sudah tentu anda biasa dengan kekunci pintas Ctrl + C untuk menyalin (copy), Ctrl + X untuk menggunting (Cut), dan Ctrl + V untuk menampal (paste). Ops, maaf jika istilah yang diterjemahkan itu salah (atau kelakar >_<).
Apa pun, saya ingin berkongsi beberapa lagi kekunci pintas yang boleh digunakan semasa menaip. Mari kita pelajari kekunci pintasan ini, suapya [...]

Tukar Lokasi bagi My Documents, My Pictures, dan Desktop

3 February, 2008 (15:41) | Tips Windows | By: MK

Apabila anda melakukan proses pemasangan kembali Windows (reinstall Windows), folder-folder seperti My Documents, My Music, My Pictures, dan Desktop pastinya akan hilang kerana Drive C: telah diformat kembali. Jika anda merupakan seorang yang kerap kali melakukan proses reinstall Windows ini, saya cadangkan supaya ada menyimpan dokumen-dokumen anda pada drive yang lain.

Dengan TweakUI, anda boleh mengubah lokasi bagi folder-folder istimewa seperti My Documents, My Music, My [...]

Tukar Nama Bagi Banyak Fail Sekaligus

2 February, 2008 (17:15) | Tips Windows | By: MK

Biasanya saya akan menukar nama bagi foto-foto yang saya telah ambil. Nama-nama seperti DSC020, DSC021, dan DSC003 sudah tentu tidak memberi apa-apa makna; lalu saya menukarnya kepada nama-nama seperti “raya (1)”, “raya (2)”, dan “raya (3)”. Perlukah saya menukar nama bagi kesemua fail ini satu persatu? Sudah tentu sekali tidak! Ikuti cara di bawah bagi [...]

Unstoppable Copier: Salin Fail Tanpa Gangguan

21 January, 2008 (08:57) | Perisian | By: MK

Jika kita menyalin sebuah folder yang bersaiz besar dan mempunyai kandungan fail yang banyak, sudah tentulah ia akan mengambil masa yang lama. Daripada duduk termanggu di depan monitor, adalah lebih baik kita tidur dan biarkan Windows menyelesaikan operasi tersebut. Namun keesokan hari kita mendapati keluar satu mesej: “Are you sure you want to continue?”. Adoi..

Unstoppable [...]

FreeCommander: Buka Folder Dengan Pantas

20 January, 2008 (14:59) | Perisian | By: MK

Adakah anda masih menggunakan Windows Explorer? Apa tu Windows Explorer? Tekan Windows + E pada papan kekunci anda dan Windows Explorer akan keluar, iaitu cara biasa kita membuka folder di dalam Windows. Namun Windows Explorer ini ternyata banyak kekurangannya lagi.
Jika anda ingin lebih produktif dalam menguruskan fail serta membuka folder di dalam Windows, gunakanlah FreeCommander. [...]

Screenshot Dengan Mudah Menggunakan EasyCapture

18 January, 2008 (16:58) | Perisian | By: MK

Sebagai seorang pelajar, saya selalu membuat screenshot untuk disertakan dalam laporan. Imej yang ditangkap tidak selalunya diletakkan bulat - bulat di dalam laporan; ia biasanya disunting terlebih kepada bahagian yang penting sahaja. Dan biasanya saya menggunakan Paint untuk membuang bahagian yang tidak dikehendaki. Proses ini ternyata melecehkan.

Di sinilah saya berjumpa dengan EasyCapture. Perisian ini memberi [...]