SembangKomputer.com

Tips - tips komputer, perisian, dan Internet

Entri Komen



Backup dan Restore Partition Menggunakan PING

10 April, 2008 (14:49) | Masalah Komputer | Oleh: MK

Saya telah memperkenalkan PING suatu masa dahulu, iaitu sebuah software yang berfungsi untuk membuat backup pada Hard Disk dan partition. PING merupakan alternatif kepada Norton Ghost kerana ianya percuma dan Open Source.

Pada entri kali ini, saya akan menerangkan cara-cara untuk membuat backup pada  partition dengan menggunakan PING. Terlebih dahulu, download PING dan burn fail ISO tersebut ke dalam CD. Kemudian, ikuti langkah-langkah di bawah:

Teruskan membaca »

Popularity: 55% [?]

Betapa Pentingnya Backup!

9 February, 2008 (13:54) | Istilah Komputer, Masalah Komputer | Oleh: MK

Backup dan restore merupakan dua istilah teknikal yang agak sukar diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu. Jadi, di sini saya ingin terangkan mengenai istilah backup dan restore dalam bahasa yang mudah.

Apa itu backup? Backup adalah proses membuat salinan pada fail-fail dan dokumen-dokumen anda. Salinan tambahan ini dibuat sebagai langkah berjaga-jaga, kerana siapa tahu, esok lusa Windows anda akan rosak dan tidak berfungsi. Atau mungkin anda secara tidak sengaja terbuang data-data anda yang berharga. Proses mengembalikan semula data yang hilang dipanggil sebagai restore.

Teruskan membaca »

Popularity: 40% [?]

PING: Alternatif Kepada Norton Ghost

9 February, 2008 (06:57) | Istilah Komputer, Masalah Komputer, Perisian | Oleh: MK

Artikel ini membincangkan:

  • Apakah itu GHOST?
  • Apakah itu PING?

Sudah sekian lama saya mencari perisian alternatif untuk perisian Symantec Ghost. Symantec Ghost selama ini telah menjadi alat yang sangat berguna dalam membuat klon sesebuah partition, samada operasi backup atau restore. Malangnya perisian sehebat ini bukanlah percuma, dan saya tak tahu sampai bila saya boleh menggunakan Symantec Ghost versi cetak rompak tanpa rasa bersalah :p.

Baru semalam saya tahu akan kewujudan PING (Partimage is Not Ghost). Seperti namanya, PING bukanlah Symantec Ghost, tetapi mampu melakukan fungsi yang sama seperti Symantec Ghost, malah lebih lagi.

Ops, mungkin ada yang tertanya-tanya, apa yang hebat sangat pasal Ghost ni? Ghost ini berfungsi untuk membuat salinan keseluruhan partition atau hard disk anda, dengan kadar yang cepat. Jika anda seorang yang berhati-hati (dan sebenarnya ada memang perlu berhati-hati), anda perlu sedar akan kepentingan membuat backup. Tapi kalau nak buat backup secara copy and paste semua fail-fail anda itu, sangatlah leceh dan lambat. Menggunakan Symantec Ghost atau PING adalah pilihan yang lebih baik.

Teruskan membaca »

Popularity: 44% [?]