SembangKomputer.com

Tips - tips komputer, perisian, dan Internet

Entri Komen



Backup USB Drive Anda Dengan SyncToy

27 March, 2008 (18:13) | Perisian | Oleh: MK

Sebelum mempunyai Internet sendiri di bilik, saya banyak bergantung kepada Cyber Cafe dan pusat Internet di sekolah untuk mendapatkan maklumat. Di situlah saya menggunakan USB drive saya untuk menyimpan segala aplikasi portable dan pelbagai dokumen. Sebagai langkah berjaga-jaga, saya sentiasa membuat backup untuk isi kandungan USB drive ini ke dalam komputer saya.

Katakan folder backup di dalam komputer saya dipanggil sebagai Salinan. Saya telah membuat backup pertama dengan menyalin semua data dari USB drive ke dalam folder Salinan. Hari yang berikutnya, terdapat beberapa fail yang telah dibuang serta beberapa fail lagi ditambah di dalam USB Drive. Saya inginkan perubahan yang sama berlaku di dalam folder Salinan. Di sinilah saya menggunakan sebuah software dari Microsoft yang dikenali sebagai SyncToy.

SyncToy akan mengesan perbezaan di antara USB Drive dan folder backup anda. Kemudian ia akan update folder backup tersebut dengan fail yang berubah sahaja. Kandungan yang sama di antara kedua-dua folder akan dikekalkan. Ikuti langkah - langkah di bawah:

Teruskan membaca »

Popularity: 29% [?]