Sembang Komputer

Tips - tips komputer, perisian, dan Internet

Skip to: Content | Sidebar | Footer

Tag: utiliti

FolderLock: Lagi Perisian Untuk Sembunyikan Folder Anda

1 February, 2008 (15:35) | Perisian | By: MK

Zuriaf ada meminta saya untuk menulis tentang perisian FolderLock yang berfungsi meletakkan kata laluan pada folder agar tidak boleh diakses oleh orang lain. Sebenarnya saya cuba elakkan untuk menulis perisian shareware (berbayar) dalam blog ini, tapi takpelah sebab kita nak buat perbandingan antara Folder Lock dan TrueCrypt.
FolderLock mempunyai dua pilihan untuk melindungi folder anda, iaitu [...]

Sembunyikan Aplikasi Yang Sedang Berjalan Dengan Magic Boss Key

29 January, 2008 (12:34) | Perisian | By: MK

Anda sedang main game Solitaire di pejabat dan tiba-tiba bos datang, apa yang anda buat? Cepat-cepatlah tekan Windows + D untuk minimize semua tetingkap anda. Tapi bos anda nampak aplikasi apa yang anda buka di taskbar… kantoi.
Gunakan Magic Boss Key dari Efreesky Software untuk menyembunyikan kesemua aplikasi yang anda sedang jalankan. Apabila anda menekan shortcut [...]

Unstoppable Copier: Salin Fail Tanpa Gangguan

21 January, 2008 (08:57) | Perisian | By: MK

Jika kita menyalin sebuah folder yang bersaiz besar dan mempunyai kandungan fail yang banyak, sudah tentulah ia akan mengambil masa yang lama. Daripada duduk termanggu di depan monitor, adalah lebih baik kita tidur dan biarkan Windows menyelesaikan operasi tersebut. Namun keesokan hari kita mendapati keluar satu mesej: “Are you sure you want to continue?”. Adoi..

Unstoppable [...]

FreeCommander: Buka Folder Dengan Pantas

20 January, 2008 (14:59) | Perisian | By: MK

Adakah anda masih menggunakan Windows Explorer? Apa tu Windows Explorer? Tekan Windows + E pada papan kekunci anda dan Windows Explorer akan keluar, iaitu cara biasa kita membuka folder di dalam Windows. Namun Windows Explorer ini ternyata banyak kekurangannya lagi.
Jika anda ingin lebih produktif dalam menguruskan fail serta membuka folder di dalam Windows, gunakanlah FreeCommander. [...]

Screenshot Dengan Mudah Menggunakan EasyCapture

18 January, 2008 (16:58) | Perisian | By: MK

Sebagai seorang pelajar, saya selalu membuat screenshot untuk disertakan dalam laporan. Imej yang ditangkap tidak selalunya diletakkan bulat - bulat di dalam laporan; ia biasanya disunting terlebih kepada bahagian yang penting sahaja. Dan biasanya saya menggunakan Paint untuk membuang bahagian yang tidak dikehendaki. Proses ini ternyata melecehkan.

Di sinilah saya berjumpa dengan EasyCapture. Perisian ini memberi [...]

Simpan Kata Laluan Anda: PassPack

22 December, 2007 (12:59) | Perisian | By: MK

Saya kini mempunyai 59 buah akaun di laman-laman web yang berlainan. Tidak kesemua akaun-akaun tersebut mempunyai user name yang sama. Password juga berbeza-beza bagi setiap akaun bagi memastikan sekuriti. Adalah mustahil bagi saya untuk mengingati kesemua user name dan password ini.
Saya pasti keadaan ini juga berlaku kepada anda, di mana anda perlu mengingati akaun untuk [...]