SembangKomputer.com

Tips - tips komputer, perisian, dan Internet

Entri Komen



Ninja Pendisk - Halang Virus Yang Datang Dari USB Drive

14 July, 2008 (09:34) | Virus/Malware | Oleh: life4hire

ninja-big

Saya baru jer jumpa satu software baru nama Ninja Pendisk. Software free ni kata dia boleh menghalang komputer anda dari dijangkiti virus yang datang dari USB thumb drive. Tiada keperluan untuk konfigurasi aplikasi ini walaupun ianya mempunyai option konfigurasi.

Software ini adalah portable, bermakna anda tak perlu install untuk menggunakannya. Sangat sesuai untuk pelajar2 kolej dan universiti yang selalu berkongsi komputer di makmal yang biasanya tidak mempunyai “administrative rights” untuk install software baru.

Selepas melarikan software ini, ia akan berada di taskbar windows anda dan menunggu USB drive dimasukkan. Sekiranya ada virus dikesan, ia akan mengeluarkan paparan dan membersihkan virus itu secara automatik. Satu paparan akan dikeluarkan sekiranya virus berjaya dibuang.

Teruskan membaca »

Popularity: 30% [?]

Tak Boleh Double-Click Pada Hard Disk

11 June, 2008 (07:23) | Masalah Komputer, Virus/Malware | Oleh: MK

Soalan:

Mengapa saya tak boleh double-click pada partition dalam komputer? Contohnya, bila saya nak buka partition C, akan keluar dialog “Open With”. Saya dah scan komputer dengan antivirus, tapi masih takde hasil. Bagaimana saya nak betulkan semula masalah ni?

Penerangan:

Masalah ini biasanya berlaku setelah jangkitan virus. Virus biasanya akan datang bersama fail autorun.inf yang berfungsi untuk melancarkan virus tersebut apabila anda double-click pada partition. Apabila anda scan komputer dengan antivirus, ia akan membuang virus ini. Namun sesetengah antivirus tidak membuang fail autorun.inf, dan membiarkan ia tertinggal di dalam partition. Sebab itulah anda tak boleh double-click pada partition anda walaupun setelah virus dibuang.

Teruskan membaca »

Popularity: 56% [?]

Mengembalikan “Show Hidden Files and Folders”

6 June, 2008 (08:00) | Masalah Komputer | Oleh: MK

Soalan dari Zul_555:

Dalam Folder Options, pilihan untuk “Show hidden files and folders” tiada, cuma tinggal “Do not show hidden files and folders” sahaja. Macam mana nak selesaikan masalah ni?

Ikuti langkah-langkah di bawah untuk menyelesaikan masalah ini:

Teruskan membaca »

Popularity: 39% [?]

Kenapa Perlu Update Antivirus?

5 March, 2008 (15:12) | Istilah Komputer, Virus/Malware | Oleh: MK

Di sini saya ingin menjawab beberapa persoalan lazim yang sering diajukan berkaitan dengan antivirus. Diharap penerangan saya ini dapat memudahkan kefahaman semua. Jika ada sebarang pertanyaan, jangan segan-segan untuk tinggalkan komen ^^

Apakah itu update?

Update dalam Bahasa Melayu bererti kemaskini.

Antivirus [masukkan nama antivirus di sini] kena update tak?

Ya. Semua jenis antivirus pun perlu update dari masa ke semasa.

Kenapa perlu update antivirus?

Setiap hari, satu jenis virus akan dihasilkan. Bagi melindungi komputer anda daripadanya, antivirus haruslah terlebih dahulu mengenali virus tersebut. Sebab itulah antivirus perlu update selalu, agar ia mengenali virus-virus terbaru.

Kata orang, tak kenal maka tak cinta. Kata antivirus, tak kenal macam mana aku nak detect virus.

Teruskan membaca »

Popularity: 76% [?]

Perlukah Perlindungan Terhadap Spyware?

16 February, 2008 (04:53) | Perisian, Virus/Malware | Oleh: MK

spyware_terminator01

Jika anda menggunakan perisian Antivirus percuma serperti Avira dan AVGFree, adakah PC anda telah selamat dari ancaman malware? Jawapannya tidak! Ini kerana, Antivirus versi percuma seperti ini hanya melindungi komputer anda dari virus sahaja, tetapi tidak dari ancaman spyware.

Pada mulanya saya sendiri pun malas nak install Anti-spyware ni, dan setakat ini PC saya masih selamat dari virus. Sampailah semalam apabila saya perasan Internet Explorer telah terbuka dengan sendirinya, dan secara automatik pergi ke satu laman web yang menawarkan perlindungan antivirus. Awas! Laman web seperti ini biasanya menipu, dan akan meminta anda download software mereka yang sebenarnya mengandungi virus.

Teruskan membaca »

Popularity: 47% [?]

Buka Folder Dan Drive Dengan Selamat, Elakkan Virus!

1 February, 2008 (22:04) | Tips Windows, Virus/Malware | Oleh: MK

Cara paling mudah (dan paling popular) untuk menyebarkan virus sekarang ini adalah melalui USB drive, terutamanya di kolej dan universiti di mana pelajar menggunakan USB drive untuk menyalin segala macam fail. Bagi yang berhati-hati, mereka akan memeriksa dahulu USB drive tersebut dengan menggunakan anti-virus.

Saya bukan orang yag leceh. Biasanya saya tidak memeriksa USB drive ini dengan AntiVirus. Malah AntiVirus pun saya tak pasang di dalam komputer saya. Namun komputer saya jarang dijangkiti virus atau malware kerana saya mempraktikkan beberapa amalan berikut:

Teruskan membaca »

Popularity: 49% [?]

Bagaimana Nak Buang C2.exe (Dirogol Abang Ipar)

8 December, 2007 (12:54) | Virus/Malware | Oleh: MK

Berikut merupakan senarai fail yang dicipta oleh malware ni, dan nilai-nilai dalam registry yang harus diubah.

Teruskan membaca »

Popularity: 23% [?]

Bagaimana Nak Buang kavo / ntdelect.com

19 November, 2007 (01:11) | Virus/Malware | Oleh: MK

Last update: December 2, 2007

Nama: WORM_ONLINEG.GBD/TROJ_NSPM.ADB

Platform: Windows 98, ME, NT, 2000, XP, and Server 2003

Cara mudah bagi membuang virus ini adalah dengan membuang dua fail utamanya, iaitu kavo.exe dan kavo0.dll. Kedua-dua fail ini terletak dalam C:\Windows\System32. Masalahnya, kavo0.dll akan inject ke dalam setiap proses Windows, so tak boleh delete.

Penyelesaiannya, korang restart komputer dalam safe mode dulu (tekan F8 sewaktu nak hidupkan PC). Lepas tu, delete kedua-dua fail ni.

Bagi advanced users, korang boleh rujuk nilai-nilai registry yang harus dibuang seperti di bawah…

Teruskan membaca »

Popularity: 20% [?]